Perkhidmatan McDonald’s McDelivery akan beroperasi secara online sepenuhnya mulai 1 Julai 2016. Para pelanggan kini boleh mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran di hujung jari menerusi www.mcdelivery.com.my atau muat turun aplikasi McDelivery di Google Play atau App Store.
McDelivery beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu di restoran-restoran terpilih seluruh negara. Setakat ini, 30% restoran McDonald’s menawarkan perkhidmatan McDelivery dan jumlah ini akan bertambah meliputi lebih banyak kawasan dari semasa ke semasa.
Talian McDonald’s 1300-13-1300 merupakan talian khidmat sokongan untuk membantu pelanggan membuat tempahan McDelivery secara online.
Sempena dengan pelancaran perkhidmatan online McDelivery ini, McDonald’s Malaysia akan mengecualikan caj penghantaran kepada semua pengguna baru untuk tiga tempahan pertama. Selain itu, McDonald’s juga akan memberikan 6 ketul Chicken McNuggets percuma untuk setiap tempahan online mulai 1 Julai untuk tempoh masa terhad.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mcdelivery.com.my/my atau www.mcdonalds.com.my.