Jenama tas tangan mewah yang berasal dari Australia, OROTON kini kembali dengan seleksi beg tote yang ditemani dengan aksesori kecil bersama dompet yang mesra pengguna, sekaligus kelihatan sangat bergaya serta moden dengan hiasan ilustrasi cetakan yang menarik!
Terdapat tiga (3) corak minimalis pilihan yang berasaskan warna gelap monokrom serta hijau buah Zaitun yang digelar Zone, Track dan Dorections.
Sempurna untuk gadis mahupun wanita yang sentiasa mengamalkan gaya hidup tangkas, ketiga-tiga jenis ilustrasi corak ini disunting dari negara matahari terbit dan Korea hasil ciptaan Pengarah Kreatif Ana Maria Esobar yang bertujuan untuk menyerlahkan sifat sensual bersahaja.
Jika anda pengumpul beg yang tegar, jadikan seleksi beg tote berilustrasi dari OROTON ini sebagai salah satu beg kepunyaan anda yang unik lagi berkelas!
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi terbaru dari OROTON, sila layari www.oroton.com