LA CREMERIA, jenama aiskrim premium dari Nestlé Ice Cream, memperkenalkan dua perisa unik baharu iaitu, Luscious Mango Sensation dan Caramelized Macchiato Surprise dalam bentuk 750ml pain.
Luscious Mango Sensation adalah aiskrim berperisa mangga berkrim yang diilhamkan oleh mangga Alphonso yang bermutu tinggi. Setiap sudu dipenuhi dengan ketulan-ketulan mangga yang pasti akan meninggalkan sensasi lazat dalam mulut. Bagi penggemar kopi pula, mereka boleh menikmati keenakan Caramelized Macchiato Surprise LA CREMERIA yang menggabungkan aiskrim berperisa kopi, cebisan biskut serta sos karamel masin. Nikmatilah rasa kopi Robusta dan Arabica yang terbaik serta sos karamel masin yang tersendiri dalam setiap sudu – ia pasti akan memberi satu kejutan yang memberansangkan kepada deria seseorang.
Selain daripada dua perisa baharu tersebut, trio asal aiskrim LA CREMERIA termasuk Almond Pecan Passion, Vanilla Cashew Delight dan Hazelnut Chocolate Fantasy – setiap pilihan memiliki keunikan tersendiri terutamanya tekstur aiskrim yang kaya dan berkrim sememangnya akan menjamin kepuasan di kalangan pengguna.
Perisa baharu LA CREMERIA akan didapati di pasaran bersama trio asal perisa berikut dalam bentuk pain baharu:
- Almond Pecan Passion – campuran aiskrim perisa pekan dan badam panggang rangup dengan sos coklat
- Vanilla Cashew Delight – aiskrim perisa vanila yang ditaburi dengan kacang gajus, cip coklat dan sos coklat
- Hazelnut Chocolate Fantasy – gabungan aiskrim perisa vanila dan coklat yang kaya dengan kacang panggang dan pes kacang hazel yang enak
Setiap pain LA CREMERIA dijual pada harga RM12.80 dan boleh didapati di pasar raya hyper dan super di seluruh negara mulai 1 Julai 2016.