Hari ini Wanista nak kongsikan satu resepi mudah boleh anda buat. Ye, penulis tahu hidangan raya menjadi pilihan tetapi tak salah kalau nak masak hidangan lain untuk makan malam pula. Manalah tahu, rasa muak makan rendang, ketupat, lemang, sepanjang hari, jadi cubalah masak hidangan Sambal Ayam Cili Api Dengan Kentang untuk tetamu yang datang berkunjung untuk beraya.
Nah, ini resepinya!
Bahan yang diperlukan adalah:
- 8 hingga 10 ketul daging ayam
- 1/2 cawan cili api tumbuk
- 2 biji bawang besar dihiris
- 2 biji kentang, setiap satu dibelah 4
- Sedikit garam dan perasa, boleh guna stok ikan bilis kiub
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
- Ayam dibersihkan,digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Kentang yang dipotong 4 digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan juga.
- Panaskan minyak, goreng kentang hingga empuk dan angkat.
- Minyak berbaki tadi, digoreng ayam pula.
- Keluarkan sedikit minyak dari kuali, goreng cili hingga masak.
- Tambah garam dan serbuk perasa.
- Tambah bawang besar, kacau rata. Selepas itu, masukkan ayam yang digoreng dan kacau sebati.
- Akhir sekali, letak kentang dan kacau rata sehingga sebati.
- Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidang.