Rakyat Malaysia kini berada dalam krisis kesihatan yang kronik memandangkan seramai 9.6 juta orang mempunyai tahap kolesterol dalam darah yang tinggi, 6.1 juta orang menghidap tekanan darah tinggi (hipertensi) dan 3.5 juta lagi menghidap diabetes. Sementara lebih 100,000 orang lagi menderita akibat penyakit kanser setiap tahun. Jumlah ini hanyalah angka-angka yang dilaporkan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang disiarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa peningkatan NCD seperti tahap kolesterol yang tinggi, diabetes, obesiti dan penyakit kardio-vaskular berkait rapat dengan tabiat pengambilan makanan dan senaman yang tidak sihat.
Sebagai rantaian runcit farmasi, produk kesihatan dan kecantikan yang terbesar di Malaysia, Guardian berusaha memberi perhatian kepada aspek nutrisi dan kesejahteraan para pengguna.
Sebagai maklum balas kepada profail kesihatan rakyat Malaysia yang kian membimbangkan, Guardian telah memperkenalkan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ yang berfaedah, mudah dan ditawarkan pada harga berpatutan. Ia bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan serat yang mereka perlukan untuk kesihatan yang lebih baik.
Guardian Mixed Grains & Oats 30+ merupakan kombinasi serbuk bran oat, diimport dari Sweden yang padat dengan nutrisi dan kaya dengan serat, selain mengandungi lebih 30% oat beta-glucan.
Beta-glucan ialah sejenis serat boleh larut yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Produk ini bebas dari lemak trans, tidak mengandungi pewarna dan sesuai untuk vegetarian. Ia akan larut dalam air suam lalu memberikan anda minuman kaya serat bersama rasa bijian yang sedap. Ia juga dapat membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama.
Setiap hidangan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ mengandungi lebih 30% oat beta-glucan. Kolesterol yang tinggi dalam darah merupakan salah satu faktor risiko penyakit jantung, walaupun ia tidak menunjukkan sebarang tanda. Ramai yang mempunyai kadar kolesterol tinggi tidak sedar mengenai tahap kolesterol mereka walaupun tahap mencecah tahap bahaya.
Jumlah oat beta-glucan (serat boleh larut) yang dicadangkan untuk menurunkan kolesterol dengan berkesan ialah 3gm setiap hari. Kini anda boleh mengambil jumlah beta-glucan yang diperlukan dengan Guardian Mixed Grains & Oats 30+ dengan cara yang mudah untuk menangani masalah kesihatan – tahap kolesterol yang tinggi.
Sempena pelancarannya, Guardian Mixed Grains & Oats 30+ (500g) akan dijual pada harga promosi iaitu RM42.21 setin mulai 23 Jun hingga 27 Julai 2016. Kumpulkan enam penutup plastik dengan pelekat ‘Guardian Nutrient Function’ untuk menebus satu tin Guardian Mixed Grains & Oats 30+ (500g) secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran ini sah sehingga 28 September 2016.