Selendang Halimunan? Macam mana pula tu?
Selendang yang direka oleh pereka Saif Siddiqui ini mula mencuri perhatian apabila ia telah dipakai oleh beberapa selebriti Holywood yang terkenal seperti Paris Hilton, Cameron Diaz dan Joe Jonas.
Saif, 28, menjelaskan bagaimana selendang itu berfungsi dengan bertindak balas terhadap flash kamera. Menurut Saif, apabila kamera diketik, wajah si pemakai tidak akan kelihatan di dalam gambar disebabkan pantulan cahaya yang dihasilkan setiap kali terkena pancaran flash kamera.
Tambahnya lagi, idea yang menghasilkan ISHU (nama selendang) itu diperoleh apabila seorang rakan mahu merakam gambarnya di hadapan deretan basikal semasa dia bercuti di Amsterdam pada 2009.
“Pelekat pemantul cahaya pada basikal itu menyebabkan wajah saya tidak kelihatan. Saya terfikir untuk menghasilkan selendang yang pasti menjadi rebutan selebriti terkemuka. Selendang ISHU membolehkan pemakainya berjalan dengan privasi walaupun gambar mereka dirakam. Gambar dan video mereka tidak akan tersebar lagi dengan mudah di Snapchat, Instagram atau Facebook,” ujarnya lagi.
Turut difahamkan, selendang itu cuma akan berfungsi pada gambar yang diambil menggunakan flash. Kini, selendang tersebut boleh dibeli menerusi internet pada harga 289 pound (RM1,531) sehelai. Selain daripada itu, Saif turut memperkenalkan casing telefon menggunakan fabrik yang sama untuk menjadikan pemegang telefon itu ‘halimunan’.
https://www.instagram.com/p/83uQstpf6J/
https://www.instagram.com/p/BDZUVnFpfwA/
https://www.instagram.com/p/BHPHRSRjqSe/?taken-by=saif_sdq
https://www.instagram.com/p/BG2WlucJf0_/