Mungkin ramai yang mula gusar atau runsing apabila masuk ke dalam topik perbincangan yang agak ‘memalukan’ sebegini.
Walhal, tiada apa yang perlu dimalukan kerana ini adalah perkara yang normal, merangkumi ilmu yang harus dikongsikan sesama wanita kerana kebanyakan daripada kita sering mempunyai salah faham tentang konsep dan fungsi vagina.
Jom Wanista kongsikan…
Fakta #1
Vagina adalah perkataan yang berasal dari bahasa Latin ‘Sheath’ membawa maksud bilah pisau atau pedang.
Fakta #2
Vagina boleh meregang sehingga 200% daripada saiz asalnya apabila ia terangsang. Dua pertiga bahagian dalam vagina akan mengembang dan melebar.
Fakta #3
Terdapat dua lubang di bahagian vagina. Satu adalah berfungsi untuk membuang air kecil manakala yang satu lagi adalah pembukaan vagina yang dimanfaatkan ketika melakukan hubungan kelamin -terletak di bawah clitoris (kelentit).
Fakta #4
Tidak semua wanita dilahirkan dengan “hymens” iaitu selaput dara.
Fakta #5
Orgasm atau klimaks sebenarnya boleh berfungsi sebagai ‘ubat tahan sakit’.
Ketika seseorang mencapai klimaks, tubuh anda sebenarnya melepaskan sejenis kimia yang digelar “Oxytocin”. Ia dapat melegakan sakit senggugut serta sakit kepala.
Fakta #6
Tahukah anda bahawa clitoris atau kelentit adalah satu-satunya organ dalam badan manusia yang dicipta untuk kepuasan seksual semata. Yup! Tuhan menjadikannya untuk memberi keseronokkan kepada wanita!
Fakta #7
Pil perancang sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada penghasilan “semen” atau air mani seseorang wanita.
Penghasilan cecair dalam vagina tersebut adalah bergantung kepada kadar estrogen seseorang.
Fakta #8
Sekurang-kurangnya, terdapat 8000 saraf di dalam clitoris. Jauh berbeza berbanding organ sulit lelaki kerana zakar hanya ada 4000 saraf sahaja.
Ini juga menguatkan lagi fakta, mengapa klimaks wanita bisa bertahan 4 kali lebih lama berbanding lelaki. WOW!
Fakta #9
Anda sebenarnya boleh mengetahui waktu kesuburan anda melalui keadaan cecair buangan yang keluar dari vagina.
Jika lendir serviks yang keluar dari vagina itu adalah lebih jernih dan agak likat (elastik), bermakna anda sedang berada dalam tempoh subur atau ovulasi.