Seksi bukan hanya terletak pada rupa paras atau lekuk tubuh. Namun ianya juga hadir dari aspek yang lain seperti kebijaksanaan. Gabungan seksi dan bijak pastinya membuatkan seseorang itu lebih dipandang tinggi kerana kelebihan yang ada serta secara automatiknya punya tarikan yang tersendiri.
Kebiasaannya, ramai yang menganggap artis atau selebriti tidak kira dalam atau pun luar negara tidak berpelajaran tinggi, padahal ianya satu tanggapan yang sama sekali tidak betul. Hakikatnya, ramai selebriti mahupun anak-anak seni yang punyai IQ yang lebih tinggi dari apa yang kita sangkakan.
#1 Natalie Portman
Dengan IQ 140, dia merupakan finalis semi ketika menyertai pertandingan Intel Science Talent Search di sekolah menengah dahulu. Portman mengambil jurusan neuroscience dan psikologi ketika menuntut di Universiti Harvard. Dia juga turut berkebolehan dalam bertutur bahasa Jepun, Arab, Perancis dan Jerman.
#2 Emma Watson
Dengan IQ 138, aktres muda ini tamat pengajian dari Universiti Brown dan Kolej Worcester, Universiti Oxford. Watson berjaya mendapat 8 A gred di GCSE dan dua markah A. Kini, Watson turut dipilih untuk menjadi duta United Nations.
#3 Cindy Crawford
Dengan IQ 154, Cindy Crawford merupakan pelajar yang mempunyai gred tinggi di bangku sekolah. Dia juga merupakan lepasan dari Universiti Northwestern dalam jurusan Kejuruteraan Kimia.
#4 Shakira
Dengan IQ 140, penyanyi terkenal antarabangsa ini merupakan Duta Muhibah UNICEF. Dia juga adalah President’s Advisory Commissionuntuk Educational Excellence buat komuniti Hispanik. Shakira turut berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis, Itali dan Catalan.
#5 Aishwarya Rai
Aktres Bollywood ini adalah pelajar kategori A ketika di kolej Ruparel India (merupakan sebahagian dari Universiti Mumbai). Aishwarya Rai menuntut dalam bidang perubatan tetapi kemudiannya menyambung pelajaran ke kolej Raheja untuk ijazah dalam jurusan seni bina. Dia juga fasih dalam berbahasa Hindi, Marathi, Tamil dan Inggeris.
#6 Hani EXID
Dengan IQ 145, salah seorang ahli kumpulan EXID ini mempunyai skor IQ yang tinggi iaitu sebanyak 145. Bahkan, dia pernah mencatat rekod skor 900 dalam peperiksaan TOEIC yang mana skor penuh merupakan 990. Ianya adalah peperiksaan bahasa Inggeris yang direka untuk mengukur skil bahasa Inggeris bagi mereka yang mempunyai karier antarabangsa.