Meskipun zaman telah banyak mengubah trend serta pemahaman fesyen, minat wanita terhadap beg tangan sebagai aksesori wajib harian tidak pernah sedikit pun berubah.
Pernah anda terbayang, apakah yang dimuatkan di dalam tas tangan seorang wanita mengikut zaman? Ini Wanista kongsikan bersama dengan anda sebuah video ciptaan Mode.com yang berdurasi selama tidak sampai 3 minit -memaparkan jenis tas tangan berserta barangan yang terkandung di dalamnya.
Ayuh selongkar rahsia beg tangan wanita yang mungkin buat anda terpegun dan seraya berkata, “Oh, ini rupanya gaya wanita zaman dahulu”.
Penulis pasti, selepas menonton video ini, anda pasti mahu kembali ke zaman dahulu kerana gaya wanita zaman dahulu lebih elegen berbanding wanita masa kini yang beg tangannya dipenuhi gajet semata menggantikan sapu tangan, bekas rokok serta sikat.
Klik pada video untuk lihat