Siapa nak tahu dekat mana tempat lepak kegemaran Nora Danish? Hah, Groupon baru sahaja melancarkan “My KL by Nora Danish”, ciri-ciri tawaran menarik yang dipilih sendiri oleh pelakon cantik ini. Anda boleh tahu di mana tempat kegemaran, tempat makan dan apa yang selalu dibuat oleh Nora di sekitar Kuala Lumpur. Manalah tahu silap hari bulan, anda terserempak dengan Nora ke… cepat selfie tau!
“Ada yang banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di KL dan saya teruja dapat berkongsi pilihan utama saya dengan semua orang dan mungkin mereka akan menemui sebuah kafe baru atau pengalaman untuk diri mereka sendiri,” jelas Nora.
Baru-baru ini, penulis berkesempatan chit chat dengan Nora untuk mengetahui perkembangan terkini, tentang rahsia kecantikan malah persiapan raya yang disediakan untuk tahun ini.
Boleh berikan 5 tempat paling best dekat KL? Kiranya favorite spot.
Saya menganggap diri saya sebagai foodie, jadi tempat seperti Starbucks, Krispy Kreme, llaollao dan La Juiceria adalah antara tempat favorite. Bila ada masa terluang, saya akan singgah ke Reborn untuk mendapatkan urutan serta menenangkan fikiran malah servis yang disediakan sangatlah terbaik.
Boleh kongsi sedikit rutin kecantikan Nora. Ada amalkan petua tradisional nak maintain awet muda?
Ohh, saya sukakan Organic Virgin Coconut Oil kerana ada banyak manfaat kesihatan dan kecantikan. Saya gunakannya untuk melembutkan hujung rambut, perapi, pelembap badan serta sebagai makeup remover – it’s so versatile! Saya juga menikmati petua tradisional Melayu seperti menggunakan herba kunyit dan halia liar sebagai facial di wajah. Secara keseluruhan, saya hanya menggunakan produk semula jadi pada kulit dan ternyata ia berkesan malah baik untuk kulit wajah.
Alatan mekap yang mesti ada dalam tas tangan, wajib bawa walau ke mana sahaja.
Semestinya lip balm untuk mengelakkan bibir kering, wangian bersaiz kecil sesuai untuk melancong, makeup touch up kit seperti serbuk pemerah pipi, gincu dan celak. Set Lancome yang ditawarkan Groupon adalah yang terbaik!
Nora boleh beri tips macam mana nak ambil selfie yang cantik.
Hahaha.. Pasti anda tahu bagaimana saya enjoy mengambil selfie! Pertama sekali, anda perlukan kamera yang baik. Saya menggunakan Oppo F1 kerana telefon pintar ini terbaik untuk selfie yang sempurna. Kemudian anda tetapkan sudut sehingga anda dapat sudut yang dikehendaki berserta dengan pencahayaan, big smile atau cara yang anda suka dan terus klik sahaja! Saya sentiasa mengambil sebanyak mungkin jadi saya boleh pilih mana yang sesuai dan upload di media sosial.
Wanista nak tahu apa juadah yang wajib ada setiap kali tibanya lebaran?
Raya atau tidak, Nasi Lemak mesti ada di meja makan. Saya juga sukakan rendang dan untuk pencuci mulut, dodol hidangan kegemaran.
Nora ada tak letakkan tema warna setiap kali raya?
Seperti yang anda mungkin perasan dari koleksi gambar di media sosial malah untuk koleksi Owlbynd, saya cintakan warna pastel dan cetakan berani. Contoh seperti baby pinks, teal greens, baby blue, dan lavender – kedua-dua warna blok dan corak, itulah tema warna Raya saya untuk tahun ini.
Apa perkembang terkini? Ada filem baru?
Terkini, filem penuh romantik berjudul Sayu yang Syukur bersama Aaron Aziz akan keluar tidak lama lagi.
Okaylah Nora, terima kasih.
“My KL by Nora Danish” akan menjadi satu kempen berterusan selama sebulan yang berakhir pada 15 Julai 2016. Jadi, cepat semak tawaran yang menarik di Groupon sekarang okay!