Difahamkan walaupun baharu sahaja sebulan berpacaran, Taylor Swift dan pasangannya pelakon British, Tom Hiddleston sudah pun mempunyai perancangan untuk membina keluarga bersama.
Pasangan itu dikatakan ingin mempunyai anak bersama memandangkan Taylor percaya Tom mempunyai kriteria yang dicari iaitu seorang suami dan bapa penyayang kepada anak-anaknya nanti.
“Inilah lelaki yang dicari Taylor selama ini, dia percaya Tom boleh menjadi bapa yang baik. Mereka pun ada berbincang mengenai masa depan untuk hidup dan memiliki anak bersama,” dedah sumber tersebut.
Malah, menurut sumber lagi, antara faktor yang membuatkan Taylor gila bayang dengan Tom ialah kerana loghat Inggeris teman lelakinya yang disifatkannya sebagai seksi.
Taylor, 27, dan Tom, 35, kedua-duanya sudah pun mengunjungi dan berkenalan dengan ibu bapa masing-masing walaupun hubungan mereka masih lagi baharu.