Melihat kepada situasi ekonomi semasa yang tidak menentu, banyak syarikat mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah pekerja bagi menjimatkan kos operasi dan ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang terhad ini juga turut menjadi faktor persaingan yang tinggi bagi lepasan sekolah dalam mendapat pekerjaan.
FORWARD (For Wisdom And Revolutionary Development) sebuah organisasi bukan kerajaan yang membantu komuniti dengan misi untuk membaiki taraf kehidupan mereka akan bekerjasama dengan COSMOBEAUTE – penganjur pameran industri kecantikan dan spa terbesar di Asia Tenggara melalui program latihan kemahiran percuma bagi rakyat Malaysia yang berminat dalam industri ini.
Para peserta yang berminat akan dilatih oleh tenaga pengajar profesional dari industri kecantikan dan spa. Mereka juga akan ditawarkan peluang pekerjaan setelah tamat menyertai program latihan kemahiran dan lulus peperiksaan yang disediakan. Program terbuka kepada warganegara Malaysia , perempuan yang berusia diantara 18 hingga 45 tahun. Para peserta dikehendaki menghadiri sebuah sesi temuduga sebelum diterima memasuki program latihan kemahiran tersebut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program latihan yang ditawarkan, anda boleh mengunjungi FORWARD diruang pameran seperti butiran yang berikut:
Tarikh : 18 Julai – 21 Julai 2016
Lokasi : Pameran Cosmobeauté Malaysia 2016, Pusat Dagangan Dunia Putra, Booth 4P255, Aras 4
Masa : 10 pagi – 7 malam
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran Cosmobeaute Malaysia 2016 sila layari http://www.cosmobeauteasia.com/