Alahai kesiannya! Mimpi indah isteri nak berbulan madu bersama suami menjadi suram hanya kerana suami tidak mendapat visa.
Seorang isteri yang kesunyian kerana suaminya tidak mendapat visa untuk percutian bulan madu ke Greece telah merakamkan gambar-gambar yang memaparkan kesedihannya.
Huma Mobin dan suami, Arsalaan Sever Bhatt, dari Lahore sepatutnya ke Greece bersama ibu bapa Arsalaan namun disebabkan Arsalaan tidak mendapat visa, maka Huma terpaksa bercuti bersama mertua sahaja.
Pada mulanya dia enggan mengikut percutian berkenaan tanpa suaminya, namun disebabkan mereka telah membayar semua kos percutian, suaminya membenarkan Huma mengikut mertuanya itu.
Bayangkan Huma terpaksa berpisah selama 10 hari dengan suaminya dan setiap gambar yang dirakamkan oleh mertuanya itu menunjukkan wajah sugul seolah-olah dia tidak langsung menikmati percutian berkenaan.
Gambar-gambar berkenaan menjadi viral serata selepas Huma memuatnaik dalam Facebook Outside Girl.