Penyanyi tersohor Taylor Swift muncul sebagai selebriti paling tinggi bayaran di dunia dalam senarai majalah Forbes yang baru dikeluarkan.
Penyanyi kelahiran Wyomissing, Amerika Syarikat itu, berusia 26 tahun, mengumpul US$170 juta (RM675 juta) untuk muncul teratas dalam senarai 100 selebriti kaya.
Kejayaannya banyak dikaitkan dengan kembara konsert “1989”, nama album yang sangat popular dan juga tahun kelahirannya.
Penyanyi Shake It Off berada di atas band remaja One Direction, yang meraih pendapatan US$110 juta (RM437 juta), lapor Reuters yang memetik majalah terkenal Forbes.
Pengarang novel James Patterson, yang terkenal dengan siri Alex Cross, muncul di tangga ketiga dengan bayaran US$95 juta (RM377 juta).
Bintang Real Madrid dan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, berada di tangga keempat.
Nama-nama lain yang berada dalam senarai 10 tertinggi termasuklah pelawak Kevin Hart, penyanyi Adele dan bintang bola sepak Lionel Messi.
Semua 100 selebriti ini menghasilkan pendapatan pracukai US$5.1 bilion (RM20.2 billion) dalam tempoh 12 bulan lalu, lebih tinggi daripada gabungan KDNK negara Belize, Gambia dan Bhutan.
Berikut senarai teratas 25 selebriti dunia yang mendapat bayaran paling banyak bagi 2016:
1 Taylor Swift, penyanyi, US$170 juta (RM675 juta)
2 One Direction, kumpulan muzik, US$110 juta (RM437 juta)
3 James Patterson, pengarang, US$95 juta (RM377 juta)
4 Dr Phil McGraw, personaliti, US$88 juta (RM349 juta)
5 Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak, US$88 juta (RM349 juta)
6 Kevin Hart, pelawak, US$87.5 juta (RM347 juta)
7 Howard Stern, hos radio, US$85 juta (RM337 juta)
8 Lionel Messi, pemain bola sepak, US$81.5 juta (RM323 juta)
9 Adele, penyanyi, US$80.5 juta (RM319 juta)
10 Rush Limbaugh, hos radio, US$79 juta (RM314 juta)
11 LeBron James, pemain bola keranjang, US$77 juta (RM306 juta)
12 Madonna, penyanyi, US$76.5 juta (RM304 juta)
13 Ellen DeGeneres, personaliti, US$75 juta (RM298 juta)
14 Rihanna, penyanyi, US$75 juta (RM298 juta)
15 Garth Brooks, penyanyi, US$70 juta (RM278 juta)
16 Roger Federer, pemain tenis, US$68 juta (RM270 juta)
17 AC/DC, kumpulan muzik, US$67.5 juta (RM268 juta)
18 Rolling Stones, kumpulan muzik, US$66.5 juta (RM264 juta)
19 Dwayne Johnson, pelakon, US$64.5 juta (RM256 juta)
20 David Copperfield, ahli silap mata, US$64 juta (RM254 juta)
21 Calvin Harris, pemuzik, US$63 juta (RM250 juta)
22 Diddy, penyanyi dan pelakon, US$62 juta (RM246 juta)
23 Jackie Chan, pelakon, US$61 juta (RM242 juta)
24 Bruce Springsteen, pemuzik, US$60.5 juta (RM240 juta)
25 Paul McCartney, pemuzik, US$56.5 juta (RM224 juta)