Menyambut kelahiran ‘orang baru’ adalah saat yang paling gembiradan bermakna buat mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa.
Namun, sering sekali kita terlepas pandang akan persediaan keperluan serta perkakas lengkap secukupnya yang wajar disediakan secara teratur.
Utuk ibu-ibu muda yang pertama kali melahirkan terutamanya, anda tidak perlu gusar kerana di Bloom & Grow, semuanya tersedia untuk pilihan yang tepat mengikut kesesuaian anda.
Keselesaan perlu diutamakan untuk kedua belah pihak iaitu ibu dan anak ketika proses menyusukan, oleh itu, ini mungkin beberapa item yang diperlukan untuk membantu para ibu menyusukan bayi secara sempurna.
Direka khas untuk memenuhi keperluan ibu yang menyusukan, Egrobaby Natural Curve Nursing Pillow (RM399.00) adalah bantal berlengkung empuk untuk menempatkan bayi dalam keadaan stabil tanpa si ibu perlu meriba bayi mereka secara tidak selesa.
Theraline Maternity & Nursing Pillow (RM339.00) pula akan memberikan sokongan sepenuhnya buat si ibu yang sedang menyusukan untuk berada pada posisi paling relaks. Selain menyokong badan bayi di bahagian hadapan, ia turut bermanfaat untuk menyokong bahagian belakang badan si ibu juga! Bantal empuk ini mudah lentur dan hadir dalam pelbagai pilihan corak serta rona yang menarik.
Pakaian yang direka khas untuk memudahkan ibu yang menyusukan bayi, Belly Bandit Mother Tucker Crossover Tank (RM329.00) adalah baju yang bukan sahaja mesra untuk kegunaan si ibu yang sering menyusukan bayi, bahkan ia diperbuat dari material yang meregang sekaligus sesuai untuk dipakai di rumah mahupun ketika bergerak tangkas di luar.
Leceh menolah kereta sorong ke sana dan ke mari apabila bersiar-siar? Cuba manfaatkan Egrobaby Position 360 Carrier (RM759.00) ini. Ia bukan sahaja dapat mengendong bayi dengan selesa tanpa membuatkan badan anda lekas lenguh, malah dapat memudahkan proses penyusuan bayi walau di mana jua anda dan bayi berada. Terdapat dalam pilihan warna tanah seperti kelabu, hitam, biru samar, hijau dan gabungan antara rona hitam dan perang.
Yang paling mustahak, Fertile Mind Superbra Nursing (RM109.00) adalah diperbuat daripada material lembut mudah lentur seperti nilon/elastane. Ia dapat menyokong struktur payudara si ibu dengan selesa, malah memberi akses mudah untuk bayi ketika proses menyusu. Baju dalam istimewa ini tidak mempunyai dawai, bercawan lembut serta mulus. Terdapat dalam saiz S, M dan L.
Maklumat lanjut berkenaan barangan keperluan ibu yang menyusukan bayi dari pengedar Bloom & Grow, sila layari bloomandgrowasia.com