Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran tempahan bagi siri pertama nombor pendaftaran kenderaan ‘V’ kepada orang awam bermula hari ini hingga 28 Julai ini.
JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran yang baharu bermula dengan huruf ‘V’.
“Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran bermula dengan huruf ‘W’ yang digunakan sebelum ini,” kata kenyataan itu.
Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di sini dan panduan serta syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di http://www.jpj.gov.my/ -Bernama