Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama di Malaysia, hari ini meraikan Waku Waku Japan Festival yang pertama bersempena dengan Ulang Tahun ke-5 Tokyo Street.
Berasal daripada Jepun untuk menyatakan kegembiraan, Waku Waku Japan Festival merupakan perayaan selama sebulan yang membawa pembeli pengalaman membeli-belah di Malaysia dengan pelancaran kedai pop-up pertama oleh pusat membeli-belah popular di Jepun, atré.
Kedai pop-up ini mengetengahkan lebih 30 jenama Jepun yang tidak pernah dilihat sebelum ini, yang terdiri daripada kecantikan, fesyen, F&B dan juga gaya hidup. Kedai pop-up atré akan berada di Centre Court untuk masa yang terhad sahaja, sehingga 24 julai 2016.
Salah satu mainan yang paling popular dari Jepun ialah Disney Tsum Tsum – pelbagai koleksi watak Disney boleh didapati di Pavilion KL dari sekarang hingga 14 Ogos 2016. Menariknya, anda berpeluang untuk mengumpul watak-watak Disney kegemaran dari zaman kanak-kanak klasik seperti Winnie The Pooh dan Mickey Mouse.
Highlight untuk Waku Waku Japan Festival adalah diberi ganjaran dengan hadiah apabila RM100 dibelanjakan di Tokyo Street atau RM300 dibelanjakan dalam satu resit di kedai khusus dari 29 Julai hingga 2 Ogos 2016. Belanja RM500 dalam satu resit di kedai khusus dan berpeluang untuk memenangi pakej percutian 5D4N dengan H.I.S. Travel, termasuk dua ANA Business Class Air Tickets dan penginapan 5 bintang. Waku Waku Japan Festival berlangsung sekarang sehingga 14 Ogos 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah:
- Laman web Pavilion KL www.pavilion-kl.com
- Facebook Pavilion KL http://www.facebook.com/PavilionKL
- Twitter www.twitter.com/Pavilion_KL
- Instagram www.instagram.com/PavilionKualaLumpur
- Pavilion KL Concierge di talian 03 2118 8833