PUMA lancar kempen arsenal menerusi filem pendek pertamanya untuk musim 2016/17 berjudul “We Are THE Arsenal” yang menawarkan pandangan dalaman tentang pengalaman dan kemegahan peminat pasukan Arsenal serta para pemainnya secara global.
TONTON FILEM PENDEK UNTUK KEMPEN PUMA x ARSENAL: WE ARE THE ARSENAL
https://www.youtube.com/watch?v=9jrz8InnXoI
Filem ini turut menampilkan kemunculan istimewa pemaian hebat pasukan itu termasuklah Santi Cazorla dan Hector Bellerin; lagenda seperti Thierry Henry, Robert Pires dan Freddie Ljungberg serta peminat fanatik Arsenal dari serata dunia sekitar London, Mumbai, Shanghai serta New York.
Setiap seorang dari mereka turut tidak ketinggalan memberikan intepretasi masing-masing berkenaan maksud “We Are THE Arsenal” pada diri mereka.
Dalam tempoh empat minggu akan datang, sebanyak empat lagi filem tambahan turut akan ditayangkan bagi memberi pencerahan yang lebih luas terhadap pengalaman-pengalaman peminat Arsenal di Mumbai, Shanghai London dan New York.
Secara tidak langsung, perkongsian ini bisa mewujudkan suatu semangat ukhwah sesama penyokong pasukan arsenal yang berkongsi idealogi, nilai, semangat dan minat yang sama dari seluruh pelusuk dunia secara universal.