Jenama sukan terkemuka dunia, adidas, akan meneruskan komitmennya dalam menjayakan acara larian terbesar dan paling berprestij di Malaysia, Standard Chartered KL Marathon 2016 (SCKLM), yang dijadualkan untuk berlangsung pada 7 Ogos 2016 di Dataran Merdeka.
SCKLM2016, yang kembali untuk tahun kelapan, telah mendapat sambutan hangat dengan angka penyertaan yang diterima mencecah 35,000 pelari. Selaku Rakan Pakaian Rasmi bagi acara maraton ini, kesemua peserta yang berdaftar akan dibekalkan sehelai kemeja tee rasmi perlumbaan yang diperbuat dengan teknologi adidas ClimaLite®; sementara mereka yang terlibat sebagai ‘pacer’, kru dan sukarelawan juga bakal mengenakan pakaian kenang-kenangan yang direka khas demi larian tahun ini.
Tambahan pula, adidas turut memperkenalkan dua barangan edisi terhad SCKLM2016 – kemeja tee grafik adidas (Harga runcit yang disyorkan: RM90) dan topi prestasi adidas (Harga runcit yang disyorkan: RM45). Barangan-barangan berkenaan telah ditawarkan khas kepada para peserta terlebih menerusi laman www.kl-marathon.com [telah habis dijual sewaktu hebahan ini ditulis], dan mereka yang membuat pembelian boleh menebus tempahan masing-masing di pondok adidas sewaktu Expo Gaya Hidup Standard Chartered KL Marathon dari 4 – 6 Ogos.
Ikutilah kelibat pelari-pelari ini melalui Instagram dengan tag hash #adidasMY #adidasRunning #WHYIRUNKL tatkala mereka berkongsikan tips dan regim latihan menjelang #SCKLM2016.
Ayuh jadi sebahagian daripada larian Energy adidas dengan mengikuti @adidasrunning di Twitter dan Instagram.