Leslie Schmidt sedang leka memburu Pokemon (bermaian Pokemon GO) bersama teman lelakinya apabila tanpa sengaja telah memasuki sebuah kawasan taman yang ternyata aneh di daerah Yinnar, Victoria. Ia bagaikan berada dalam alam ajaib kerana keseluruhan taman berkenaan diselubungi sarang labah-labah!
Penulis tahu ramai di antara kita yang fobia dengan labah-labah. Mungkin sebab kakinya yang banyak tu! Ada ke yang seram sejuk bila tengok gambar-gambar ni?
Cuba bayangkan anda memijak tanah yang dihuni jutaan labah-labah. Eww
“Kami mahu mengejar raksasa MEOWTH tetapi tidak berupaya kerana dihalang oleh sarang labah-labah yang memenuhi keseluruhan kawasan di sini”, jelas Leslie kepada sebuah portal antarabangsa.
“Kelihatan sangat lembut dan halus seperti kekabu, namun itulah yang digunakan oleh labah-labah untuk memerangkap mangsanya. Kami bagai berada dia atas sarang labah-labah gergasi dan menunggu untuk dimakan”. tambahnya.
Fenomena sarang labah-labah luar biasa ini sebenarnya berpunca dari musim hujan lebat yang berlaku di Australia tidak lama dahulu. Keadaan itu telah memaksa habitat labah-labah untuk naik ke kawasan yang lebih tinggi bagi mengelak dihanyut oleh banjir deras.
Kata Leslie lagi, ada juga anak labah-labah yang berterbangan di udara, dibawa oleh tiupan angin ketika proses “spider ballooning” berlaku. (Proses di mana labah-labah akan menggunakan sarang mereka sebagai payung terjun, membolehkan angin meniup mereka ke udara dan membawa mereka ke tempat lain).