ShopBack Malaysia, platform laman web Cashback atau pulangan tunai terulung dalam negara, hari ini mengumumkan aplikasi mudahalihnya sedia dimuat turun pembeli di Malaysia, menerusi iOS App Store dan Google Play Store, bermula dari 19 Julai 2016.
Bersempena pelancaran aplikasi mudahalih, platform, Malaysia akan memberi ganjaran RM5 kepada semua pengguna, apabila mereka membuat pembelian di mana-mana lebih 500 stor rakan niaga menerusi aplikasi tersebut dari 19-21 Julai 2016. Tambahan lagi, 11 laman e-dagang seperti Agoda, Foodpanda, Groupon, Hermo, Lazada, Qoo10, Zalora, akan turut sama menyertai sambutan ini dengan memberikan lebih pulangan tunai, tawaran harga rendah RM10, baucer potongan RM5-RM20, serta kod promo diskaun 40%.
“Pulangan tunai benar-benar hanya ‘memberikan pulangan tunai’. Fungsi pulangan tunai online berbeza dari pulangan tunai kad kredit. Ia tiada had siling dan kami menawarkan kepada pengguna sehingga 30% pulangan tunai setiap kali mereka berbelanja di stor rakan niaga kami. Ianya sangat mudah digunakan dan penjimatan pulangan tunai ini boleh dipindahkan ke dalam akaun bank mereka selepas tempoh pengesahan,” kata Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi di ShopBack Malaysia.
ShopBack Malaysia mengekalkan peningkatan trafik yang sihat, secara purata 20% dari bulan-ke-bulan pada pertengahan pertama 2016, mencerminkan peningkatan populariti pulangan tunai di kalangan pembeli tempatan.
Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. Ia bukan sahaja platform pulangan tunai No. 1 di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara, membawakan sekurang-kurangnya 6 tempahan kepada stor rakan niaga setiap minit.