Dalam tempoh lebih dua tahun menjalankan kajian, ujian biomekanik serta proses rekaan dan pembangunan, koleksi pakaian dalam sukan khas untuk wanita, Nike Pro Bra kini menawarkan lima reka bentuk termahsyur bagi membekalkan keselesaan optimum untuk meningkatkan mutu dan prestasi sukan.
Perincian, warna dan potongan yang moden diterapkan ke dalam setiap helaian koleksi ini. Bahkan, ia kelihatan sangat eksentrik, menggambarkan jiwa berkobar atlet yang sentiasa ingin mencapai kejayaan.
“Pemilihan pakaian sukan yang sesuai juga perlu diberi perhatian kerana ia sedikit sebanyak bisa menjadi punca kepada kejatuhan mutu persembahan,” jelas Pengarah Kanan Rekaan, Jamie Lee.
“Kami di Nike sentiasa peka dan komited untuk menyediakan pakaian yang berasaskan material berkualiti serta dijana menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap satu dari helaian koleksi ini bisa menyokong nilai strategik seorang atlet,” tambahnya.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nike.com/my