Pernah menanam impian untuk meneroka bumi bergunung-ganang yang dilitupi salji? Anda mungkin berpeluang untuk memenangi sepasang tiket dan pakej percutian ski untuk dua orang dari ClubMed!
Salah satu rangkaian resort ski terbesar di dunia, ClubMed bakal menunaikan impian anda dengan kerjasama Air France bagi melancarkan sebuah peraduan giveaway -membuka peluang untuk dua orang menimba pengalaman percutian mewah di resort terkemuka sambil berlatarkan pemandangan salju yang terletak di kawasan atas pergunungan Italian Alps dekat Perancis.
Rasai kesegaran udara nyaman serta pemandangan bernilai yang jauh lebih hebat dari apa yang anda pernah bayangkan sebelum ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah cuma menjawab beberapa soalan mudah berkenaan percutian salji idaman anda di laman sesawang www.clubmedsnowholiday.com. Dalam masa yang sama, anda turut dikehendaki menyatakan sebab mengapa percutian salji itu haruslah bersama Club Med dan Air France tidak lebih dari 100 patah perkataan. Akhir sekali, jangan lupa untuk melengkapkan borang dan kongsi cerita anda bersama rakan-rakan di Facebook!
Tempoh peraduan adalah dari 18 Julai hingga 21 Ogos 2016. Pemenang akan diumum menerusi laman Facebook Club Med Malaysia di www.facebook.com/ClubMedMalaysia. Sila baca terma dan syarat sebelum menyertai peraduan.
Hadiah adalah termasuk sepasang tiket pergi-balik penerbangan Air France dan pakej percutian 7 hari 6 malam di resort terpilih Club Med sekitar Perancis dan pergunungan Italian Alps untuk 2 orang yang bernilai sehingga RM15,000.
Bukan itu sahaja, tajaan percutian mewah ini juga merangkumi hidangan makanan 3 kali sehari bersama minuman pilihan wine, beer atau soda percuma, hidangan makanan ringan, servis bar seharian, aktiviti sukan dan riadah percuma, hiburan malam yang unik serta sesi belajar bermain ski yang dipimpin oleh jurulatih profesional.