Terkini, Kerajaan Arab Saudi telah memperbaharui fatwa mengharamkan permainan Pokemon Go yang mencetuskan fenomena sejak beberapa hari lalu.
Sekretariat Agung Majlis Ulama Kanan, menerusi laman web Presiden untuk Kajian Saintifik dan Ifta, dengan jelas memperbaharui fatwa Jawatankuasa Tetap yang mengeluarkan keputusan mengenai pengharaman permainan mudah alih kontroversi itu.
Fatwa lama (No. 21,758) yang diterbitkan 16 tahun lalu pada 2011, dianggap sebagai permainan berbentuk perjudian dan dilarang dalam Islam.
Ahli Majlis, Sheikh Saleh Al-Fozan berkata, versi semasa baharu permainan tersebut adalah sama seperti yang lama.
Antara beberapa larangan mewajarkan pengharaman permainan termasuk amalan perjudian di mana dua pemain bersaing untuk mendapatkan kad yang mengandungi jumlah berbeza dan pemain yang kalah perlu membayar harga kad jika tidak mahu kehilangan kad dimiliki.
Selain itu, larangan turut melibatkan kebimbangan dan kepercayaan banyak tuhan selain tambahan kepada promosi, iklan, logo atau imej terlarang.
Baca : DEMAM POKÉMON GO! MELANDA & MENGAPA ORANG MULA KETAGIH DENGANNYA