Masih ingat lagi dengan rekaan tas tangan Baret Bag istimewa yang sangat eksklusif dan ranggi dari jenama berprestij untuk wanita, Carolina Herrera yang diinspirasi dari pengembara dunia abad ke-18, Jeanne Baret?
Carolina Herrera adalah jenama berkelas antarabangsa yang tidak asing lagi dalam arena fesyen dunia. Sering tampil dengan rekaan yang penuh berkarakter, diselangi pula dengan getaran sofistikated, wanita yang berjiwa besar pasti tampak lebih menonjol tatkala mengenakan persalinan serta aksesori dari CH Carolina Herrera.
Baru-baru ini, Carolina Herrera telah memilih lapan orang yang berpengaruh dari serata dunia untuk menjadi ilham dan inspirasi kepada anda, terutama skali buat wanita yang sering mementingkan fesyen. Kesemua lapan ikon wanita ini mewakili setiap satu jenis Baret Bag untuk tahun 2016.
Koleksi Baret Bag ini sememangnya direka khas oleh wanita buat wanita. Carolina Herrera begitu bijak menggabungkan sifat dan elemen yang berlainan ke dalam setiap satu rekaannya agar pada akhirnya dapat mewujudkan suatu penggayaan yang versatile, selari dengan trend pemakaian fesyen masa kini.
Menambah sisi kemeriahan acara gilang-gemilang ini, setiap seorang dari mereka telah menzahirkan interpretasi melalui ulasan peribadi mengenai inpirasi yang diilhamkan disebalik rekaan versatile Baret Bag.
Ikuti temu ramah eksklusif bersama Nicole Warne, merupakan seorang Blogger Fesyen dan Kecantikan popular Australia untuk sebuah blog yang diberi nama “Gary Pepper” [KLIK]
#1 Beg Kegemaran Pilihan?
Saya gemar beg bersaiz kecil yang boleh saya gunakan sehari-hari. Atau mungkin juga beg besar yang akan saya jinjit kala pergi melancong kerana boleh dimuatkan dengan pelbagai barangan mustahak.
#2 Cara Menggayakan Beg Pilihan Anda?
Saya lebih suka menyangkut beg ke bahu kerana saya sering menjawab, berinteraksi dengan mesej dan email melalui telefon membuatkan saya kadang-kala tidak cukup tangan untuk memegang semuanya dalam satu-satu masa.
#3 Adakah Anda Akan Bawa Semua Benda Di Dalam Beg Atau Hanya Barang Yang Perlu Sahaja?
Saya hanya membawa apa yang perlu. Tapi, itu pun sudah cukup banyak.
#4 Adakah Anda Seorang Yang Pengemas Atau Jenis Hura-Hara?
Saya seorang yang pengemas dan terurus. Dulunya saya seorang yang agak hura-hara namun kini saya banyak menggunakan servis resit digital membuatkan beg saya sentiasa kemas dan tidak dipenuhi resit-resit bercetak lagi.
#5 Bagaimana Awak Pilih Beg Yang Bersesuaian Untuk Mengembara
Saya hanya menggunakan beg kembara yang berkualiti kerana ia lebih kukuh untuk menampung keperluan saya yang berat. Malah ia juga dapat memuatkan komputer riba dan pengecasnya agar saya tetap boleh bekerja/menulis meskipun di dalam penerbangan.
#6 Apakah Item Yang Penting Perlu Ada Dalam Beg?
Saya tidak pernah meninggalkan rumah tanpa telefon pintar, pek bateri, dompet, business card, gincu kalau-kalau saya harus terus menghadiri mesyuarat petang mahupun acara. Tidak lupa kaca mata gelap dan krim pelindung matahari. Saya guna pelindung matahari yang mempunyai SPF50+.
#7 Adakah Anda Suka Menukar Beg Atau Hanya Akan Setia Pada Satu Beg Sahaja?
Saya menukar beg tangan mengikut mood. Bagi saya, beg adalah seperti minyak wangi, ia bergantung pada mood dan perasaan saya pada hari tersebut.
#8 Ketika Memilih Beg, Ciri Apa Yang Anda Cari?
Saya akan beri perhatian kepada kualiti kulit serta kondisi reka bentuk beg tersebut. Panjang tali beg, saiz keseluruhan serta penggunaan material logam yang ada pada beg juga turut saya ambil kira kerana saya lebih suka akan logam berwarna emas berbanding perak.
#9 Apa Yang Anda Paling Suka Tentang Baret Bag?
Saya suka akan reka bentuknya, material fabrik jenis baldu yang digunakan adalah sangat mewah. Saiz beg ini juga bertepatan untuk mereka yang gemar mengembara. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tali beg yang boleh diukir dengan nama si pemakainya juga sedikit sebanyak memberi sentuhan peribadi yang cukup eksklusif, lain daripada yang lain.
#10 Jeanne Baret Adalah Seorang Wanita Yang Mengaggap Dirinya Seperti Lelaki Kerana Ingin Mengembara Dunia. Beliau Juga Merupakan Inspirasi Tas Tangan Baret Bag. Adakah Anda Mengaggap Diri Anda Seperti Jeanne Baret?
Ya. Saya berhenti kerja dan berhenti membuat latihan di Grazia dan Harper’s Bazaar untuk menyambung impian saya dalam perniagaan daripada bawah.
Saya kira, saya boleh katakan saya mempunyai sifat seperti Jeanne Baret, mengambil risiko untuk mengikut gerak dan impian hati. Beliau tidak pernah membiarkan dirinya dijatuhkan oleh permasalahan atau cabaran yang dihadapi. Ia memberi inspirasi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.carolinaherrera.com atau kunjungi butik CH Carolina Herrera di alamat:-
SURIA KLCC, Kuala Lumpur City Centre,
Ground Floor,
Kuala Lumpur, 50088, Malaysia.