Alangkah indahnya apabila gaya polos diberikan sentuhan menonjol melalui aksesori yang digayakan.
Untuk musim luruh ini, jenama dari kota metropolitan New York, COACH membawakan anda dengan seleksi beg tangan ikoniknya dalam versi baharu.
Reka bentuk struktur COACH Swagger masih dikekalkan namun, hiasan motif rama-rama timbul menjadi sisi utama di bahagian hadapan permukaan beg tangan tersebut. Ia secara tidak langsung mencetuskan impak kepada penggayaan sensual bersahaja.
Tampak feminin dan eksklusif, rekaan tas tangan yang diberi nama The Butterfly Applique Swagger ini mendapat perincian yang teguh ketukangannya.
Inspirasi aksesori istimewa ini disunting dari kota New York, peminat jenama COACH serta para pengumpul beg tangan sudah tentu boleh mendapatkan beg tangan ini menerusi laman sesawang coach.com atau di semua butik jenama COACH bermula 15 Julai 2016.
Chloë Grace Moretz yang menjadi muka COACH untuk musim ini telah berjaya menonjolkan karakter seorang gadis moden serta sofistikated secara semula jadi.
REKAAN MUSIM LURUH 2016: TONTON VIDEO PAPAR REKAAN BUTTERFLY APPLIQUE COACH SWAGGER & BUTTERFLY APPLIQUE COACH SWAGGER DARI DEKAT
https://www.youtube.com/watch?v=ZlhMPsPNrA4
Kempen pengenalan tas tangan COACH, The Butterfly Applique Swagger ini telah dirakam di lokasi Greenpoint daerah Brooklyn oleh jurugambar Steven Meisel serta Pengarah Seni Frabien Braon, sekaligus mendapat penataan gaya dari Karl Templer.