Ingin memenangi hadiah lumayan? Anda berpeluang untuk memenangi wang tunai dengan hanya mendengar stesen radio hitz fm, MIX fm dan LiteFM dari Isnin hingga Jumaat. Peraduan-peraduan ini akan bermula dari 25 Julai hingga 5 Ogos di MIX fm dan 25 Julai hingga 12 Ogos di hitz & LiteFM.
READ MY LIPS
Menerusi peraduan ‘Read my Lips’, stesen radio hitz fm menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM30,000. Dalam peraduan ini, 5 video tanpa bunyi yang dirakamkan oleh penyampai radio hitz fm akan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi hitz fm. Jadi pemanggil pertama dengan menunggu isyarat memanggil untuk meneka penyanyi asal dan tajuk lagu yang dipaparkan menerusi video tersebut. Pemanggil yang berjaya meneka dengan tepat akan menerima wang tunai sebanyak RM400.
Sementara itu, hitz fm Sarawak dan hitz fm Sabah juga masing-masing turut memberi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dan RM24,000 menerusi peraduan ‘Read my Lips on hitz’ yang akan menampilkan 4 video tanpa bunyi.
WHAT’S THE RAP
Penyampai radio MIX FM, Aishah cukup dikenali di kalangan pendengar gemar menyanyikan lagu-lagu kegemarannya dari tahun 90-an dalam irama rap. Stesen radio MIX fm memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 kepada pendengar yang berjaya meneka nama penyanyi and tajuk lagu dalam peraduan ‘What’s The Rap’.
Sertai peraduan ini dengan menjadi pemanggil pertama selepas mendengar isyarat untuk memanggil dan penyampai radio akan memainkan sedutan lagu yang dirapkan oleh Aishah. Anda hanya perlu meneka nama penyanyi dan tajuk lagu untuk memenangi wang tunai sebanyak RM400.
WHO’S SAYING RELAXING FAVORITES
Manakala, stesen LiteFm pula menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 menerusi peraduan ‘Who’s Saying Relaxing Favorites’. Menerusi peraduan ini, rakaman suara 2 selebriti tempatan yang menyebut perkataan ‘Relaxing’ &‘Favorites’ akan dimainkan di radio dan pendengar hanya perlu meneka nama artis-artis tersebut.
Lima pendengar pertama yang meneka jawapan yang betul berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM5000. Nantikan isyarat yang diberikan oleh penyampai radio LiteFm iaitu Steve dan Shaz atau layari laman Facebook rasmi LiteFm untuk mendapatkan klu jawapan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari hitz.fm, mix.fm or litefm.com.my.