Saujana Hotels & Resorts mengumumkan perancangan untuk projek penempatan semula bagi dua buah restoran ikonik miliknya iaitu Senja dan Ti Chen yang dijangka akan beroperasi semula mulai Ogos dan September 2016.
Meskipun telah dialihkan ke lokasi baru yang lebih strategik, ia tetap akan menjadi lokasi tempat makan paling sempurna di kota raya Kuala Lumpur.
Kedua buah restoran ini masih mengekalkan kualiti hidangan mewah mereka yang kini akan diuruskan oleh bakat-bakat tukang masak baru yang lebih berkelas. Perkhidmatan yang disediakan juga bakal menawarkan tempat duduk yang jauh lebih selesa, sesuai untuk acara formal dan kasual bersama keluarga, sahabat-handai mahupun yang tersayang.
Lokasi yang menjadi tempat untuk restoran Senja sebelum ini akan diambil alih oleh Ti Chen. Ti Chen yang berwajah baru akam menampilkan konsep teres terbuka dengan tambahan ruang santai istimewa serta bilik makan yang boleh memuatkan sehingga 100 orang tetamu. Tidak ketinggalan, Ti Chen bakal menawarkan seleksi tawaran menarik termasuklah dim sum yang dimasak menggunakan dapur kayu api.
Khas buat anda yang meminati aneka hidangan unik serta masakan yang tiada tandingnya, Senja akan mula beroperasi dari 1 Ogos 2016 di The Club Saujana Resort Kuala Lumpur manakala Ti Chen pula akan mula beroperasi pada 1 September 2016 di lokasi lama Senja sambil berlatarkan pemandangan tasik indah.
Jika berminat, anda boleh mula membuat tempahan terus di kedua lokasi berkenaan dari 29 Julai hingga 31 Ogos ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian (603) 7843 1234 atau 6122 atau email kepada dine@thesaujana.com.