Sabun mandi serta tisu basah biasa sudah tentu mengandungi bahan kimia yang tidak berkesan untuk memulih dan memelihara kulit bayi.
Bayi yang baru lahir mempunyai kondisi kulit yang sangat lembut dan sensitif. Penjagaan yang rapi perlu diterapkan akan kesihatan dan keadaan kulit sentiasa terpelihara dari sebarang kecederaan mahupun kerosakkan. Untuk itu, ianya amat penting untuk mencari produk yang terbaik, sesuai untuk kegunaan bayi anda.
Memperkenalkan Cetaphil, jenama penjagaan dermatologi terkemuka yang dipercayai oleh kaum ibu di Malaysia kini mengajak anda serta para ibu di luar sana untuk menyertai peraduan istimewa yang dibawa khas oleh Cetaphil dengan kerjasama CARiNG Pharmacy bagi membawakan suatu pengalaman baharu buat si ibu dan bayi mereka.
Penganjuran peraduan Cetaphil Baby Experience ini adalah selari dengan rangkaian Cetaphil Baby yang baru sahaja di perkenalkan di Malaysia. Produk dari rangkaian istimewa ini sememangnya diformulasi khas untuk memulih dan memelihara kulit bayi secara intensif.
Dari 31 Ogos 2016 ini, anda yang berminat dialu-alukan untuk menghantar cerita menarik mengenai kepentingan sentuhan kasih sayang seorang ibu dalam proses tumbesaran seorang bayi dan bagaimana pula bengkel Cetaphil Baby bisa membantu para ibu untuk mempelajari lebih mendalam mengenai kulit anak anda.
Tujuan penganjuran peraduan sebegini adalah untuk meningkatkan kesedaran tetang penjagaan bayi secara menyeluruh serta untuk membekalkan para ibu dan bapa dengan ilmu yang secukupnya perihal kulit bayi. Bengkel Cetaphil Baby akan menampilkan pakar-pakar terkemuka untuk berkongsi pengalaman mengenai penjagaan bayi sebenar.
Peraduan terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang emm[unyai alamat tetap di sekitar Malaysia, berlangsung dari 31 Ogos 2016. Para ibu dan bakal ibu berpeluang untuk mencipta cerita yang paling menarik bertepatan dengan konsep yang dikehendaki untuk senarai sebagai 12 pemenang bertuah yang akan membawa pulang hadiah lumayan.
Seluruh produk dalam rangkaian dari hujung rambut hingga hujung kaki oleh Cetaphil Baby mengandungi ramuan semula jadi seperti Shea Butter, Aloe Vera dan Minyak Almond. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/cetaphilmalaysia atau daftar diri menerusi cetaphil.us11.list-manage1.com