Siapa yang tak nak bibir mungil, anjal dan mampu memberikan kelembapan. Semua sedia maklum, bibir adalah antara bahagian pada wajah yang mampu meningkatkan kecantikan seseorang. Bibir semulajadi, pink kemerahan dikatakan cantik pada mata semua yang memandang, namun tidak semua orang bernasib baik untuk memilikinya.
Masalah seperti bibir kering, pecah mahupun hitam sememangnya memberikan tekanan pada wanita. Rasa tidak yakin bila bercakap dengan rakan kerana sudah pasti mata mereka tertumpu di bibir. Jadi, bagaimana cara membolehkan kita mencapai bibir lembut juga gebu sepanjang hari, apatah lagi memiliki bibir idaman bahkan sihat seperti Kylie Jenner, Angelina Jolie, Megan Fox?
1. Seperti kulit, bibir mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran ultraungu. Untuk melindungi bibir daripada sinaran matahari, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi tabir suria. Ia untuk membekalkan lembapan di kala cuaca panas.
2. Anda ada habit sebegini, membasahi bibir dengan lidah untuk melembapkannya? Tahukah anda perbuatan tersebut sebenarnya salah kerana setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan menguap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Jangan menggigit bibir walaupun pada ketika anda ketakutan kerana ia hanya akan membuatkan bibir kering sahaja, malah lapisan kulit menggelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Satu lagi, elak menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin rasanya. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Elakkan sementara gincu atau lip gloss yang mengandungi bahan mint jika bibir mengalami luka kerana ia akan lebih memudaratkan luka tersebut serta menyebabkan rasa pedih.
11. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
12. Sapukan pelembap bibir selepas membersihkan wajah sebelum tidur. Elok juga jika dioles kala berada di persekitaran yang dingin dan kering. Sebagai contoh, anda boleh gunakan Lip Sleeping Mask dari Laneige, bacanya di sini LANEIGE LIP SLEEPING MASK, BUATKAN BIBIR ANDA LEBIH LEMBUT & GEBU
13. Selain dari pelembap bibir, anda juga boleh menggunakan madu sebagai alternatif lain. Madu merupakan antara pelembap yang terkandung dalam pelembap bibir.
14. Jika kita kurang pengambilan air setiap hari, bibir adalah bahagian pertama yang menunjukkan masalah dehidrasi. Jadi, minum air yang secukupnya setiap hari sebanyak dua liter sehari bagi mengimbangi lembapan dalam badan.
15. Seperti tubuh badan yang lain, bibir juga memerlukan kadar vitamin yang secukupnya untuk kekal sihat. Jadi, banyakkan memakan makanan bervitamin seperti buah dan sayuran.
16. Katakan tak nak pada rokok! Bahan kimia dalam rokok menyebabkan bibir menjadi gelap dan tidak bermaya.
17. Petua mudah lagi menjimatkan untuk membuatkan bibir tampak merah semula jadi. Sapukan ubat gigi pada bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Lihat hasilnya beberapa hari kemudiannya, pasti anda teruja!
18. Ketika menanggalkan gincu, guna tisu lembut dan oles permukaan bibir dengan perlahan agar permukaan bibir tidak tercela.
19. Elak dari menggunakan rona gincu yang tidak diiktiraf oleh kementerian kesihatan kerana ragu-ragu akan keselamatannya pada bibir.
20. Satu trik dari founder jenaman penjagaan kulit, Caudalie, Mathilde Thomas berkongsi rahsia untuk mewujudkan bibir tebal tanpa melakukan sebarang operasi plastik. Caranya dengan menggunakan krim mata. Biasanya krim mata dipakai pada kawasan mata yang berkulit tipis, maka kali ini formula yang sesuai untuk kulit sensitif pada produk ini dipakaikan pada kulit di sekitar bibir. Kesimpulannya, jika krim mata dapat melembapkan kulit pada kawasan mata, maka produk ini boleh melakukan perkara yang sama pada kawasan bibir.