Anda mahu membeli-belah dengan mudah secara profesional? Portal jualan atas talian jazznco.com akan menyediakan anda dengan pelbagai seleksi pakaian dan item fesyen dari hujung rambut hingga hujung kaki! Tiada lagi masalah untuk mencari helaian yang sesuai dengan diri anda.
Jazz & Co membuktikan bahawa di Malaysia, kita ada segalanya. Dari proses pembuatannya, jahitan, pemilihan fabrik hinggalah kepada rekaan, semuanya dilakukan di Malaysia.
Jazz & Co bukan hanya membangunkan perniagaan fesyen secara atas talian semata-mata bahkan mereka turut bijak mencabar diri untuk bersaing dalam dunia rekaan fesyen.
“Para pelanggan tidak perlu risau kerana setiap gambar helaian pakaian mahupun aksesori yang terpapar di dalam laman portal adalah sama seperti apa yang mereka akan perolehi nanti. Dengan itu, pelanggan akan lebih berpuas hati,” jelas Jasdeel Katari, Pengarah Jazz & Co.
Apa yang lebih menarik, jika anda ingin mendapatkan pakaian yang betul-betul muat dengan saiz badan, pelanggan boleh mendaftarkan diri dengan membuat satu akaun khas di jazznco.com untuk menetapkan ukuran badan peribadi pada profil akaun. Dengan itu, sebaik sahaja anda membuat seleksi item, hanya pilihan item fesyen bertepatan dengan saiz dan ukuran badan anda yang akan dipaparkan secara spesifik.
Apa tunggu lagi? Jangan ketinggalan untuk menyertai promosi jualan hebat di Jazz & Co. bermula sekarang hingga 31 Ogos nanti! Khas buat anda, setiap perbelanjaan sebanyak RM100 akan berpeluang mendapat sehelai Baju-T percuma bernilai RM39! Cepat sebelum kehabisan stok!
Ayuh layari www.jazznco.com untuk mula membeli-belah dengan tenang tanpa sebarang gangguan!