Siapa yang inginkan kulit wajah mereka dipenuhi dengan liver spots, yakni, dikenali sebagai tompok penuaan? Bintik-bintik ini adalah akibat pigmen gelap di dalam kulit yang berlaku disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan.
Baru-baru ini, jenama DECORTÉ memperkenalkan produk pencerah kembar di bawah rangkaian Whitelogist yang bertindak bersama untuk memberi kesan pencerahan yang unggul pada kulit. Whitelogist MX menembusi jauh ke dalam kulit untuk mencegah pembentukan bintik-bintik hitam dan tona kulit tidak sekata, Whitelogist Stick Serum serba baru pula sasar pada liver spots dengan ‘mematikan’ aktiviti melanin yang menyebabkan bintik-bintik tersebut.
Produk kembar yang memberi kecantikan, bebas bintik, dalam tiga langkah:
Ionsome W, kapsul penghantar hasil daripada phospholipid dan lesitin bunga matahari, menambah kelembutan kulit di samping memberikan manfaat pencerahan. Ia menembusi lapisan kulit yang menebal, melembutkan kulit untuk membuka jalan bagi bahan-bahan pencerahan aktif yang disusuli kemudian.
m-Closer, bahan kompleks unik yang mengandungi tiga ekstrak herba Oriental: akar Sacra Rhodiola, daun Angustifolia Echinacea dan kon Pinus Sylvestris, menyekat dan melegakan melanosit yang terlalu aktif dalam kulit. Melanosit yang terlalu aktif sering melanjutkan dendrit di belakang bintik-bintik gelap untuk menghantar sejumlah besar melanin ke epidermis. m-Closer ‘menutup’ pengeluaran melanosit dan membantu meningkatkan kesihatan kulit, terutamanya bagi jenis kulit yang cenderung menghasilkan sejumlah besar melanin walaupun dengan rangsangan yang sedikit.
Kojic Acid EW bekerja keras untuk menghentikan pengeluaran melanin sebelum ia bermula, dengan mensasarkan pada melanosit secara langsung. Molekul kecil yang berkesan bertindak pada bintik-bintik gelap yang sukar untuk dihapuskan.
DECORTÉ Whitelogist MX
Whitelogist MX adalah serum pencerahan yang menyegarkan, menembusi jauh ke dalam kulit untuk melawan melanosit, mencegah pembentukan bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata, yang akhirnya membawa kepada pembentukan liver spots. Sapukan serum serba mewah ini pada permukaan kulit untuk membolehkannya menyerap sepenuhnya sebelum menggunakan Whitelogist Stick Serum. Kulit akan tampil cantik berseri; sungguh menakjubkan.
DECORTÉ Whitelogist Stick Serum
Whitelogist Stick Serum serba baharu adalah inovasi terkini DECORTÉ dalam bentuk batang, untuk mencerahkan liver spots dengan berkesan. Apabila digunakan, ia melekat pada kulit seperti mask untuk terus memberikan formula pencerahan intensif ke kawasan yang disasarkan.
Cara penggunaan:
Pada setiap pagi dan petang, sapukan pada kulit yang telah dibersihkan selepas menggunakan losen muka. Untuk kesan pencerahan yang unggul, sapukan DECORTÉ Whitelogist MX pada kulit dan pastikan ia diserap sepenuhnya sebelum menyapu Whitelogist Stick Serum. Keluarkan kira-kira 5mm produk dari tiub dan sapu terus pada bintik-bintik gelap dan jeragat dalam gerakan berpusing. Ikuti dengan rutin penjagaan kulit anda yang sedia ada.
DECORTÉ Whitelogist Stick Serum (RM330 / 4g) dan Whitelogist MX (RM583 / 40ml) boleh didapati di semua kaunter DECORTÉ di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cosmedecorte.com.my/ atau ikuti DECORTÉ di Facebook di https://www.facebook.com/cosmedecortemalaysia.