Anda dah bersedia untuk The Amazing Race Asia musim ke-5?
AXN, saluran hiburan utama di Asia, hari ini memperkenalkan 11 kumpulan yang akan berentap dalam ‘The Amazing Race Asia’ Musim Ke-5 bagi merebut hadiah berjumlah AS$100,000 dolar (melebihi RM400,000). Malaysia diwakili oleh 3 kumpulan bertenaga yang terdiri daripada pasangan sahabat baik Yvonne dan Chloe, adik-beradik Alex dan Will, serta rakan lama sekolah Brandon dan Alphaeus.
Dijadual untuk ditayangkan pada Oktober, siri pengembaraan realiti paling popular musim ke lima ini akan dihoskan oleh pelakon Asia-Amerika Allan Wu, yang juga merupakan hos bagi empat musim pertama siri perlumbaan AXN dan yang terbaharu The Amazing Race China: Celebrity Edition.
Turut serta bersama Allan bagi menghoskan beberapa bahagian di dalam perlumbaan ini ialah pelakon jelita Indonesia, Tara Baso. Aktres yang sangat berbakat ini pernah memenangi Anugerah Citra bagi kategori Pelakon Wanita Utama Terbaik pada Festival Filem Indonesia untuk lakonannya dalam filem A Copy of My Mind.
11 kumpulan yang terpilih dari tujuh negara di Asia ini benar-benar mewakili kepelbagaian personaliti, latar belakang, bakat dan hubungan. Mereka terdiri daripada DJ di Singapura hinggalah ratu cantik di Filipina. Barisan kumpulan ini termasuklah:
- Rach dan Vicky – Hos Pelancongan, Indonesia
- Louisa dan Treasuri – Rakan Sejak Kanak-kanak, Indonesia
- Yvonne dan Chloe – Sahabat, Malaysia
- Alex dan Will – Adik-beradik, Malaysia
- Brandon dan Alphaeus – Rakan Lama Sekolah, Malaysia
- Eric dan Rona – Suami Isteri, Filipina
- Parul dan Maggie – Ratu Cantik, Filipina
- JK dan Mike – DJ Radio, Singapura
- Rei dan Kenji – Adik-beradik, Singapura
- Tom dan Anita – Pasangan Kekasih, Thailand
- Lisa dan Nicole – Pasangan Hidup, Vietnam
Produksi bagi The Amazing Race Asia Musim Ke-5 akan bermula minggu depan. Siri ini akan diterbitkan oleh Profiles Television, sebuah syarikat produksi antarabangsa yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang diasaskan oleh penerbit terkenal Bertran Van Munster dan Elise Doganieri. The Amazing Race Asia Musim Ke-5 ditaja oleh Wonderful Indonesia dan penaja bersama Garuda Indonesia, Grab dan Great Eastern.