Kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita selepas Kanser Rahim. Ramai wanita yang sering dihantui kerisauan dan kebingungan tentang Kanser Payudara.
Oleh kerana ramai di antara kita yang sering berselisih fahaman tentang konsep Kanser Payudara yang sebenar, ini Wanista senaraikan beberapa fakta yang sering kali disalah ertikan oleh kita merujuk kepada permasalahan kesihatan tersebut.
Salah Faham #1
Hanya mereka yang mempunyai keturunan menghidap Kanser Payudara sahaja berisiko
Secara kasar, 70% wanita yang telah dikesan menghidap Kanser Payudara tidak mempunyai kaum keluarga yang mempunyai penyakit itu. Jaga-jaga.
Bahkan, jika ada salah seorang dari kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik-beradik mahupun anak yang menghidap Kanser Payudara, kemungkianan untuk anda turut menghidap penyakit itu adalah dua kali ganda.
Salah Faham #2
Memakai bra yang ketat dan berdawai tingkatkan risiko untuk seseorang terkena Kanser Payudara
Ramai yang beranggapan bahawa tekanan yang diberikan bra berdawai terhadap payudara bisa menyebabkan pengumpulan toksin dalam tisu payudara sehingga menyebabkan kemunculan Kanser. Namun, tidak kisahlah bra apa sekalipun yang anda pakai, ianya tidak ada kena mengena langsung dengan punca sebenar kewujudan Kanser Payudara.
Salah Faham #3
Semua jenis bonggolan pada payudara adalah tanda awal Kanser Payudara.
Secara Kasar, 80% bonggol yang timbul pada permukaan payudara atau dari dalam payudara adalah BUKAN penyebab Kanser. Tetapi, doktor sering menasihatkan anda untuk sering membuat pemeriksaan berkala ke atas perubahan yang anda lihat pada payudara kerana pengesanan awal Kanser bisa menyelamatkan nyawa.
Anda harus pergi melakukan pemeriksaan mammnogram, ultra bunyi (ultrasound), atau biopsy untuk mengesahkan sama ada setiap satu bonggolan yang timbul pada payudara atau dalam payudara itu adalah gejala Kanser atau pun bukan.
Salah Faham #4
Memakai deodoran meningkatkan risiko Kanser Payudara
Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kandungan bahan kosmetik seperti ‘paraben’ bisa menyebabkan kemunculan kanser. Paraben sering dimanfaatkan sebagai bahan pengawet dalam deodoran.
Namun begitu, sebuah kajian terkini mendapati bahawa tiada langsung hubung kait paraben dengan kemunculan Kanser Payudara.
Salah Faham #5
Wanita yang mempunyai payudara kecil tidak berisiko menghidap kanser payudara
Kanser Payudara akan menyerang tidak kira saiz mahupun bentuk. Mana-mana wanita di dunia ini boleh menjadi penghidap Kanser Payudara.
Agak sukar untuk mengesan gejala kanser pada saiz payudara yang besar berbanding dengan payudara kecil. Walau siapa pun anda, anda mesti lakukan rutin pemeriksaan berkala untuk mengsan tanda-tanda awal kemunculan kanser sebelum terlambat. Ingat! Lelaki turut berisiko untuk menghidap Kanser Payudara tahu?
Salah Faham #6
Kafein menyebabkan Kanser Payudara
Tiada hubung kait yang mengesahkan bahawa kopi atau sebarang kandungan kafein bisa menyebabkan Kanser Payudara. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kajian mendapati bahawa kafein lah sebenarnya elemen yang boleh menurunkan kadar risiko Kanser Payudara.
Salah Faham #7
Pemeriksaan Mammogram yang menggunakan radiasi akan mengaktifkan sel-sel kanser yang akhirnya menyebabkan Kanser Payudara
Payudara anda yang sering terdedah kepada radisi dari pemeriksaan mammogram akan menyebabkan Kanser Payudara.
Persatuan kanser Amerika mencadangkan supaya wanita berumur 40 tahun ke atas membuat pemeriksaan berkala mammogram setiap satu atau dua tahun.
Memang benar mammogram adalah pemeriksaan payudara yang menggunakan radiasi untuk mengesan kemuwujudan kanser pada dalam tisu payudara, namun ianya bisa menyelamatkan nyawa anda lebih awal daripada anda mengelak terus dari membuat pemeriksaan tersebut dan tidak akan menyedari kehadiran kanser payudara sejak peringkat paling awal. Itu lebih membahayakan bukan?
Salah Faham #8
Sebaik sahaja keputusan kajian atau pemeriksaan anda disahkan bebas daripada kemunculan Kanser, anda sudah bebas
Meskipun ianya merupakan teknologi yang berkelas tinggi, kadang-kala ujian mammogram gagal untuk mengesan kemunculan kanser lebih 10% hingga 20%. Oleh sebab itu, pemeriksaan klinikal payudara serta pemeriksaan payudara sendiri di rumah sedikit sebanyak boleh bantu mengesan tanda awal kewujudan penyakit itu.
Salah Faham #9
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan adalah lebih berisiko
Berat badan ynag berlebihan atau penghidap obesiti tidak akan meningkatkan risiko untuk diserang Kanser Payudara. Lebih-lebih lagi jika wanita itu telah pun mencapai tahap menopos.
Salah Faham #10
Petanda Kanser Payudara hanya akan muncul dalam bentuk bonggolan
Bonggolan adalah salah satu kemunculan paling jelas yang boleh dikaitkan dengan Kanser Payudara. Namun, terdapat juga perubahan lain yang berkaitan dengan kemunculan Kanser Payudara termasuklah bengkak, iritasi kulit sekitar payudara, lekukan seperti lesung pipit pada payudara, keskaitan pada payudara atau putingnya, kemerahan, bersisik atau penebalan kulit pada bahagian puting serta kulit payudara.
Untuk pengetahuan anda lagi, Kanser Payudara juga boleh berpindah ke bahagian bawah lengan hingga menyebabkan bengkak sekitar ketiak sebelum bonggolan pada payudara membesar dan menjadi cukup jelas untuk dikesan.
Selamat beramal!