Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2016, Astro bakal memberikan penghormatan kepada Malaysia serta rakyatnya yang berbilang bangsa menerusi kempen NEGARAKU, bermula 15 Ogos hingga 16 September, 2016 di semua landasan Astro.
Melalui kempen NEGARAKU, Astro akan menayangkan lebih 60 rancangan baharu antaranya, merangkumi kekayaan sejarah negara, kepelbagaian etnik, bahasa dan budaya masyarakat Malaysia. Astro turut menyiarkan program yang diterbitkan khas demi mengangkat budaya dan bangsa Malaysia seperti:
- Harimau Malaya 1980 (Astro ARENA) – Berkisahkan jejak langkah perjuangan serta pengorbanan pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1980 yang berjaya mengharumkan nama negara. Basir Siswo merupakan penerbit utama bagi dokumentari ini, manakala, Chiu, pengarah di Astro yang pernah memenangi pelbagai anugerah perfileman, adalah penasihat dokumentari ini.
- TUN ABDUL RAZAK: 40 TAHUN DALAM KENANGAN (Astro PRIMA) – Dokumentari ini mengupas legasi insan yang telah berkhidmat sebagai tulang belakang dalam kemajuan serta perkembangan ekonomi negara.
- Kami Anak Malaysia (Astro PRIMA) – Berkongsi maksud kemerdekaan kepada rakyat Malaysia berusia 20-an yang membesar dalam arus kemajuan Malaysia yang moden.
- Road to Nationhood: Journey to Independence (HISTORY) – Menceritakan sejarah dari 1941 hingga 1965, bermula dari proses awal pembentukan Malaysia dalam mencapai kemerdekaan.
Berlangsung selama enam (6) minggu, NegaRAKU akan mempersembahkan barisan artis indie yang tidak asing lagi dalam industri muzik indie, seperti kumpulan Monoloque, Plague of Happiness, Tres Empre, Aru & The Republic, Massacre Conspiracy dan Artefacts yang masing-masing terkenal dengan genre muzik yang berlainan seperti rock, alternatif, djent, ska-punk, Nu-Santara dan reggae. Siri jelajah NegaRAKU ini akan bermula pada 20 Ogos di Pahang, diikuti dengan Melaka (27 Ogos), Sarawak (3 September), Sabah (10 September), Kuala Lumpur (17 September) dan berakhir di Johor pada 24 September dengan kerjasama Seni JB Arts Festival.
Kempen Derma Darah KitaSama
Dengan kerjasama Pusat Darah Negara Malaysia dan 40 hospital di seluruh Malaysia, Astro akan menjalankan Kempen Derma Darah KitaSama di 7 buah lokasi seluruh Malaysia:
- City Mall KSL, Johor Bahru (19 & 20 Ogos)
- Berjaya Mall, Kuantan (20 & 21 Ogos)
- Ipoh Parade, Ipoh (3 & 4 September)
- Cheras Leisure Mall, Lembah Klang (3 & 4 September)
- Prangin Mall, Pulau Pinang (10 – 11 September)
- Suria Sabah, Kota Kinabalu (10 – 11 September)
- Boulevard Kuching (16 September)
Layari laman web www.astro.com.my untuk keterangan lebih lanjut mengenai Negaraku dan Kempen Derma Darah KitaSama.