Gaya hidup serba pantas tidak sewajarnya menjejaskan amalan pemakanan lazat dan seimbang yang penting untuk kesihatan. Menyedari pentingnya makanan yang berkhasiat dan seimbang, MAGGI hari ini melancarkan Kempen 1, 2, 3! di Tesco, Mutiara Damansara. Dengan tiga langkah mudah, sajian makanan yang seimbang dan berkhasiat boleh disediakan dan dinikmati bersama kelazatan rasa mi Maggi yang digemari ramai.
Menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, seramai 64% daripada rakyat Malaysia makan sekurang-kurangnya satu kali sehari di luar rumah mereka. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerana pengguna mungkin mendapati sukar untuk menyediakan dan memasak makanan di rumah. Kempen baharu MAGGI bertujuan untuk menyangkal salah tanggapan ini, dengan menunjukkan cara mudah dan cepat untuk menyediakan masakan yang lazat dan seimbang di rumah.
Pelancaran kempen yang menggalakkan pengguna menambah bahan segar ke dalam mi MAGGI apabila menyediakan sajian yang lazat dan seimbang dalam dua minit, bermula dengan perbincangan panel yang disertai oleh Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia, Encik Georgen Thye, Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé, Cik Cher Siew Wei dan dua orang ibu, Fadilla Ibrahim dan Azie, yang berkongsi pengalaman hidup sebenar dalam menyediakan sajian makanan yang lazat dan seimbang untuk keluarga mereka.
“Mi MAGGI diperbuat daripada gandum sebenar, 100% dari Australia, menjadikannya sumber protein dan karbohidrat untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Garis Panduan Diet Malaysia mencadangkan pengambilan makanan daripada bijirin untuk membekalkan sekurang-kurangnya separuh daripada tenaga yang kita perlukan sehari.
“Selain daripada mi, mi MAGGI kegemaran ramai, dibuat daripada herba dan rempah sebenar. Kami mahu memastikan pengguna kami mendapat pemakanan yang diperlukan oleh badan mereka bersama dengan kelazatan dan keaslian perisanya,” kata Pengurus Pemakanan Korporat Nestlé, Cik Cher Siew Wei.
Sebagai penekanan selanjutnya kepada matlamat MAGGI untuk menggalakkan pengguna sentiasa memilih sajian makanan yang lazat dan seimbang, MAGGI berganding bahu dengan Tesco untuk menganjurkan promosi istimewa untuk pengguna. Pengguna boleh membeli kombo pek berbilang mi MAGGI M2MN & telur Tesco, hanya dengan harga RM6.30, pada 29hb hingga 31hb Julai, sekali gus memudahkan mereka menyediakan sajian yang lazat dan seimbang!
Kempen MAGGI ini selaras dengan komitmen Nestlé sebagai Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang terulung di dunia, untuk menjana nilai pemakanan dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat.