Semuanya ada di sini! Ya. Anda nak makanan yang sedap? Fesyen yang menarik malah berpatutan? Pokok bunga? Semua ada di Markets by Jaya One.
Buat kali kedua, Markets by Jaya One, bazar yang mengetengahkan konsep gaya hidup akan diadakan selama dua hari pada hujung minggu ini 6 dan 7 Ogos 2016 dari pukul 11 pagi hinga 7 malam. Bazar ini istimewa untuk individu yang sukakan fesyen, pencinta makanan dan peminat muzik untuk mencari yang terbaik dalam fesyen, kemahiran memasak dan juga hiburan.
Mempunyai lebih daripada 80 gerai, pengunjung yang hadir akan sukar untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai jenis barangan unik dan menarik yang terdiri daripada kasut, kelengkapan DIY, pakaian dan makanan artisanal. Bukan itu sahaja, untuk Markets 19, terdapat beberapa vendor turut serta dalam bazaar ini buat kali pertama, antaranya Jollymelon, yang menjual pakaian sukan berpatutan, Adevi Clothing menjual pakaian plus size dan TEHs, yang pakar dalam membuat cold brew tea.
Markets 19 kali ini turut bekerjasama dengan beberapa penulis blog gaya hidup iaitu Jessica Yong, Arisa Chow, Aliza Sara, Carmen Hong, Cindy Tong dan Ai dari Daisuke Salon De Coiffure. Selain daripada menjual barangan pre-loved, mereka juga akan menjual satu produk penjagaan kulit paling laris di Jepun – Tansan Magic.
Tambahan, semua penggemar fesyen juga boleh menyertai pertandingan Outfit-of-the-Day (OOTD) di empat kawasan yang ditetapkan di Aras Bawah berpeluang memenangi kotak kejutan dari FUNKY! BOX bernilai RM120.
Teruja dengan aktiviti yang dijalankan? Apapun, untuk maklumat lebih lanjut mengenai Markets by Jaya One, layari laman Facebook di www.facebook.com/themrkts.