Celak mata ialah alat solek yang paling asas namun paling sukar dibuat. Disebabkan itu, Kate Tokyo memenuhi tuntutan solekan dengan formula hebat celak mata yang tahan lama. Sebagai penggaris mata paling laku di Jepun, Sharp Lock Slim Gel Pencil yang telah diperbaharui bakal mengubah tanggapan tentang celak mata.
Mata pensel yang setipis 1.5mm ini akan menghasilkan garis yang sangat halus dan jelas dalam apa jua cara. Celak baharu Kate Tokyo ini tiada cara khusus untuk digunakan namun ada banyak gaya yang mungkin terhasil.
Kerana Kate Tokyo Sharp Lock Slim Gel Pencil amat laku di Jepun, salah sebuah kota yang begitu perihatin tentang soal fesyen dan kecantikan, ia segera menjadi alat solek yang penting. Kini garis celak amat halus, bersinar, tepat, tidak comot, pekat dan tahan lama lebih mudah dilukis.
https://www.instagram.com/p/BIj1rdTj836/?taken-by=wanistadotcom
Bukan itu sahaja, Kate Tokyo juga turut mengedarkan rangkaian baharu krim mata Almond dan krim Mouse BB yang semakin menjadi pilihan pengguna, di semua kedai Watsons.
Kate Tokyo amat memastikan produk-produknya sesuai digunakan dalam cuaca Asia. Kebanyakan produk Kate dicipta sesuai cuaca dan keadaan setempat, dengan menggunakan ramuan SPF, agen kawalan sinar, bahan perekat dan bahan tidak titis demi kepuasan solekan.