Menurut Kementerian Kesihatan, satu daripada tiga orang rakyat Malaysia mempunyai masalah jantung dan seorang meninggal dunia setiap 15 minit akibat penyakit berkaitan jantung.
Malah, antara faktor yang membawa kepada risiko sakit jantung adalah berat badan berlebihan dan obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis serta kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah. Semua ini boleh dielak menerusi pemahaman faktor-faktor risiko serta mengambil langkah proaktif untuk menanganinya.
Wanista ingin berkongsi satu kisah seorang wanita yang kini bebas daripada sebarang simptom penyakit jantung, kisahnya sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat kita semua.
“Melihat bapa saya meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung telah mengubah sikap dan pandangan saya terhadap kesihatan jantung. Saya amat faham kini bahawa terdapat risiko yang amat besar untuk diri saya atau adik beradik saya untuk menghidap faktor penyakit jantung seperti kolesterol darah yang tinggi, tekanan darah tinggi atau kencing manis jika kami tidak berhati-hati,” kata Farah Nadia.
Farah mempunyai banyak alasan untuk risau kerana di Malaysia, kesihatan jantung dan cara-cara mengelakkan penyakit tersebut bukanlah sesuatu yang diambil serius oleh kebanyakan golongan dewasa kerana ia dianggap merupakan ‘penyakit orang tua’.
Kajian menunjukkan bahawa ini tidak benar kerana terdapat fakta yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia di dalam golongan umur 30-an adalah lebih terdedah kepada arteri yang kurang sihat, sama seperti golongan berumur sekitar 70-an kesan daripada cara hidup mereka. Satu daripada dua rakyat Malaysia didapati menderita dari kolesterol yang tinggi dan kesimpulannya adalah mereka seakan berserah diri kepada penyakit jantung dari usia yang awal.
Bagi kes Farah, risikonya lebih tinggi memandangkan bapanya telah meninggal dunia setelah tiga belas tahun bertarung nyawa akibat batuk yang tidak berhenti, demam dan pernafasan yang sering terganggu akibat penyakit jantung yang dihidapinya.
Menurut World Heart Federation, “Jika pertalian lelaki tahap pertama, samada bapa atau abang mengalami serangan jantung sebelum umur 55 tahun, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk turut menghidap penyakit jantung”.
Faktor risiko juga dianggap faktor keturunan. ‘Familial hypercholesterolemia’ merujuk kepada kolesterol lipoprotein yang rendah di dalam darah yang boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain justeru membawa kepada penyakit jantung koronari.
Untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil berat tentang kesihatan jantung pada peringkat lebih awal, jenama seperti Nestle Omega Plus telah menjadikan isu tersebut sebagai misi advokasi jantung rakyat Malaysia.
“Penjagaan jantung bukanlah bermaksud mengubah cara hidup secara besar-besaran, tetapi cukup dengan menaiki tangga atau menukar makanan manis dengan buah-buahan segar dan mengamalkan pengambilan dua gelas Nestlé Omega Plus dengan tambahan ‘plant sterols’ setiap hari untuk pengurusan kolesterol dan kesihatan jantung,” kata Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Milks of Nestlé Malaysia.
Terdapat tiga cara untuk menguruskan kesihatan jantung secara holistik. Amalkan senaman fizikal setiap hari dan menurut Persatuan Jantung Amerika, dicadangkan kombinasi aktiviti ringkas dan lebih berat selama tiga puluh minit, lima kali seminggu. Ringkasnya, apa-apa sahaja senaman yang membolehkan tubuh anda bergerak dan membakar lebih banyak kalori boleh dianggap sebagai aktiviti fizikal. Berjalan adalah satu cara yang sangat efektif untuk memperbaiki kesihatan jantung.
Amalkan mengambil makanan yang seimbang di meja makan dan sentiasa mengisi separuh dari pinggan makan anda dengan sayuran dan buah-buahan. Minum susu dengan tambahan ‘plant sterol’ untuk menghalang serapan kolesterol ke dalam saluran darah.
Menurut Heart UK, the Cholesterol Charity, ‘plant sterol’ berupaya mengurangkan tahap kolesterol sehingga 10% jika diambil dengan dos optimal sebagai sebahagian daripada diet kurang lemak. ‘Plant sterol’ boleh didapati dengan jumlah kecil di dalam kebanyakan kanji, sayuran, buah-buahan, legumes, kacang dan biji benih. Namun anda mungkin perlu mengambil jumlah yang banyak item-item yang disebutkan di atas dan Nestlé Omega Plus, anda hanya perlu meminum dua gelas sehari untuk pengurusan tahap kolesterol.
Kini pada usia 28 tahun, Farah Nadia bebas daripada sebarang simptom penyakit jantung namun dia masih perlu berjaga-jaga kerana telah disahkan bahawa kakak dan adik arwah bapanya ada menghidap penyakit jantung. Farah tidak henti-henti mengamalkan pengambilan susu dengan tambahan ‘plant sterol’ untuk menghalang kolesterol, bersenam setiap hari dan sentiasa berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan yang konsisten.
Maklumat lanjut mengenai Nestlé Omega Plus® dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM), sila ke Facebook Nestle Omega Plus dan laman web www.yjm.org.my.