Anda dah sedia untuk tonton filem aksi paling gempak Suicide Squad di pawagam sekitar Malaysia mulai hari ini?
Jenama kaca mata terulung yang sering menampilkan rekaan bergaya untuk si pria maskulin, Carrera adalah salah satu penaja utama bagi majlis pelancaran filem Suicide Squad terbitan Warner Bros. Pictures.
Filem Suicide Squad adalah platform paling tepat untuk digunakan oleh Carrera bagi memperkenalkan aksesori rekaannya kerana pelakon utama yang membawa watak penjahat “Joker” dalam filem ini adalah Jared Leto, duta jenama Carrera untuk tahun 2016.
Jangan ketinggalan untuk menonton filem fiksyen paling hangat tahun ini, menggabungkan watak-watak penjahat yang disunting dari karakter popular buku komik seperti Harley Quinn (teman wanita Joker), Boomerang, Diablo, Enchantress, Deadshot, Katana, Killer Croc, Slipknot dan Rick Flag.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.suicidesquad.com