Sejak tiba di Malaysia pada tahun 2012, H&M terusan berkembang dan kini akan mencipta sejarah sebagai jenama antarabangsa yang pertama untuk membuka pintunya di Jonker Street, Melaka pada 18 Ogos 2016.
“Kami amat teruja untuk membuka kedai kedua di Melaka apatah lagi tempat bersejarah, Jonker Street. Sejak H&M dibuka di Hatten Square pada tahun 2014, permintaan daripada peminat fesyen amat menggalakkan, membolehkan kami untuk terus berkembang mencari lokasi lain yang sesuai untuk gaya hidup penduduk tempatan dan pelancong,” jelas Fredrik Famm, Country Manager for H&M Southeast Asia.
Paling menarik menyaksikan 400 orang pelanggan yang pertama yang beratur pada hari pembukaan akan menerima giveaways eksklusif manakala 200 pelanggan dalam talian juga akan menerima baucar membeli-belah H&M dan berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM500, sah pada hari pembukaan sahaja.
H&M di Jonker Street menandakan kedai ke-28 pembukaan jenama itu, H&M mengumumkan rancangan untu membuka 4 lokasi tambahan dalam masa terdekat di MyTOWN Shopping Centre, Sunway Velocity dan KL Gateway, Kuala Lumpur dan AEON Mall Tebrau City, Johor.
H&M Jonker Street terletak di No 6,8,10 dan 12, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.