Bermula bulan Ogos ini, SK-II sekali lagi membuka peluang kepada gadis serta para wanita sekitar Asia untuk menunjukkan bakat mereka dalam menggabungkan ilmu kecantikkan berserta kepakaran untuk membuat isian digital (dalam bentuk video) yang bisa dikongsi bersama umum.
Berikutan kejayaan Beauty Bound Asia yang lepas, tahun ini, sebuah siri web unik akan diperkenalkan. Pencarian beauty creator akan bermula di daerah-daerah sekitar Malaysia dan Asia bagi mencari calon peserta yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang telah ditetapkan.
Siri web istimewa ini akan memaparkan cabaran serta rutin sepanjang persedian peserta yang telah disenarai pedek dalam kem dua hari yang digelar Beauty Base sebelum beralih ke acara kemuncak.
Siri web Beauty Bound Asia musim ke-2 akan mula dimuat naik melalui platform Youtube ke saluran beautyboundasia pada Februari 2017. Secara tidak langsung, inisiatif ini dapat memberi peluang baharu kepada para pencipta kecantikan untuk meningkatkan daya ketahanan serta keyakinan diri mereka demi menjadi juara Beuaty Bound Asia musim ke-2.
Tidak ketinggalan, tahun ini akan menyaksikan beberapa individu berpengaruh untuk memberi tunjuk ajar di samping menjadi mentor kepada para peserta Beauty Bound Asia termasuklah Tashy, seorang Blogger Kecantikan dan Youtuber dari saluran Beauty with Tashy, aktres dan jelitawan Sharifah Sakinah dan Marianne Tan, merupakan seorang pereka digital dan pelakon filem Ola Bola.
Pemenang Beauty Bound Asia kali ini berpeluang menyertai lawatan tajaan ke acara-acara global SK-II, berjumpa dan dapat berkolaborasi bersama beauty creator terbaik luar negara selain bisa menyertai program pertukaran eksklusif selama seminggu di US untuk menimba pengalaman bersama StyleHaul iaitu komuniti pencipta kandungan fesyen dan kecantikan terkemuka antarabangsa. Lebih menarik, pemennag juga akan memenangi peralatan dan perkakas produksi video serta tajaan produk SK-II selama setahun!
https://www.youtube.com/watch?time_continue=47&v=SeOlVM2vWxs
Untuk menyertai acara gilang-gemilang ini, sila lawat www.facebook.com/BeautyBoundAsia untuk keterangan lanjut.