Seperti biasa, perbualan mengenai topik seks sering kali disalah ertikan. Tidak kurang, ada juga yang cuba lari kerana malu untuk mendengarnya. Benarkah ‘saiz’ penting ketika melakukan hubungan kelamin? Tidak!
Meskipun ramai lelaki yang beranggapan bahawa saiz alat kelamin mereka mempengaruhi kepuasan seks, sebenarnya ada bahagian genit yang terletak dalam buah zakar mereka lebih penting fungsinya untuk mendorong kepuasan seks optimum.
Prostat adalah bahagian kelenjar kecil yang terletak betul-betul di bawah pundi kencing lelaki. Untuk pengetahuan anda, saiz prostat hanyalah sebesar kacang walnut namun, fungsinya terhadap kepuasan seks adalah sangat diperlukan.
Saat lelaki mencapai klimaks ketika melakukan seks, prostat akan melepaskan cecair berbentuk air mani sementara otot pada bahagian kelenjar tersebut menyalurkan semen (air mani) terus ke bahagian urethra.
Lihat betapa pentingnya prostat terhadap kepuasan seks? Meskipun saiz kelenjar ini kecil, sedikit sebanyak ia memberi impak terhadap orgasma serta gaya hidup seks lelaki.
Si pria harus mengambil berat tentang kesihatan alat kelamin mereka. Jika kelenjar prostat membengkak, ia akan sekaligus mengecutkan saluran urethra serta menggangu dinding pundi sehingga tercetusnya permasalahan perkumuhan (kencing). Ini juga akan menjadi punca utama kepada kemunculan kanser.
Di Malaysia, kanser prostat tersenarai pada kedudukan nombor enam dalam carta jenis-jenis kanser yang biasa menyerang populasi tanah air. Manakala lelaki berbangsa Cina menjadi mangsa utama yang sering diserang penyakit berbahaya ini melebihi lelaki berbangsa Melayu dan India. Bahkan, ia turut menyerang ramai lelaki yang berumur terutamanya kumpulan yang berusia 50 tahun ke atas.
Tetapi jaga-jaga kerana lelaki muda juga bisa diserang dengan kondisi prostatitis iaitu suatu gejala yang akan menyebabkan kesakitan kronik pada pada bahagian pelvik malah boleh menyebabkan mati pucuk dan ejakulasi pra-matang.
Semakin berusia, kelenjar prostat akan membesar dan ia adalah tumbesaran normal bagi tiap-tiap lelaki. Walau bagaimanapun, amatlah dikhuatiri jika tumbesaran kelenjar itu berlanjutan sehingga menyempitkan ruang saluran kecing kerana ia akan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.
Bagi lelaki yang berumur 50 tahun ke atas, anda dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan berkala supaya anda boleh mengawal penyakit kelamin yang tidak diingini.
Ramai lelaki yang maut disebabkan pembiakan kanser prostat tanpa disedari. Kanser prostat adalah merupakan serangan barah yang sangat perlahan. Bahkan, tiada simtom-simtom jelas kanser peringkat awal yang boleh diramal untuk mengetahui kewujudannya dalam diri seseorang.
Tetapi, seandainya seseorang dilihat sering membuang air kecil melebihi dari kadar kebiasaan, mengalami kesakitan ketika membuang air kecil mahupun berasa tidak puas ketika membuang air kecil, lekaslah berjumpa dengan pakar agar individu boleh mendapatkan rawatan dengan segera kerana jika dibiarkan, pesakit akan terdedah kepada kesan jangka masa panjang sehingga ia merebak menyerang organ penting tubuh yang lain seperti buah pinggang, pundi kencing dan fungsi seksual seseorang.
***
Olahan dari artikel Dr. Datesh, Pakar Urologi di Gleneagles Kuala Lumpur.