Ramai wanita merasa kekok akibat masalah kelembapan harian di sekeliling Zon-V. Mereka mengakui yang ia tidak menyenangkan tapi ramai yang memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu bercakap tentangnya.
Sekarang bukan lagi masa untuk berdiam lagi – Kotex® Malaysia yang telah sekian lama mempelopori program kesedaran kesihatan Zon-V mengajak wanita untuk bertindak dan memperkasakan diri dengan pengetahuan untuk melindungi kesihatan Zon-V mereka melalui kempen Kotex® Liners #HariHariFresh yang baharu!
Dengan bantuan Dr Norleen Mohd Salleh, pakar sakit puan yang berpengalaman, wanita akan dapat bertanya soalan dan menyuarakan kebimbangan mereka tentang kesihatan bahagian sulit yang mungkin kekok untuk dikongsi bersama ibu atau kawan.
Pengeluaran lelehan adalah sebahagian daripada fungsi normal tubuh wanita setiap hari. Tambahan pula dengan keadaan lembap di bahagian sulit – disebabkan kelembapan harian dan peluh, cuaca dan tabiat pengunaan air ketika di tandas – boleh membawa pelbagai masalah.
“Kelembapan yang dirasa setiap hari adalah NORMAL. Ini kerana Zon-V membersihkan dirinya sendiri! Tetapi jika ia tidak dijaga, bakteria akan terkumpul dan membiak di seluar dalam anda dan ini tidak sihat untuk Zon-V kerana ia menyebabkan bau busuk, kegatalan dan masalah lain. Cara terbaik untuk sentiasa kering dan bersih adalah dengan menggunakan liner dan jangan lupa untuk kerap menukarkannya!” terang Dr Norleen.
Kempen Kotex® Liners #HariHariFresh adalah serupa dengan inisiatif pendidikan dan kempen lain yang diadakan oleh Kotex®, jenama produk penjagaan kesihatan wanita terunggul di Malaysia.
Duta dan penyokong kempen Kotex®, Amyra Rosli berpendapat kesihatan Zon-V tidak sepatutnya menjadi perkara pantang di kalangan wanita.
“Masalah seperti kelembapan harian dan kebersihan harus dibincang secara terbuka di kalangan wanita – kita sememangnya perlu mengetahui tentang tubuh kita dan cara penjagaannya terutamanya Zon-V kita! Bagi saya, saya merasakan liner Kotex®sungguh selesa – Saya menggunakannya setiap hari untuk sentiasa segar walaupun sibuk dengan pelbagai temujanji,” jelasnya.
Inisiatif pendidikan ini memberi sumber paling berharga kepada golongan wanita – pengetahuan – dan maklumat ini disebarkan kepada wanita di mana sahaja melalui laman web Kotex®, www.kotex.com.my/hariharifresh.