Jika anda berada di Hawaii dan secara tiba-tiba terasa rindu pada kucing kesayangan yang berada nun jauh di rumah, hah, anda boleh melepaskan rindu dekat sini.
Lanai Cat Sanctuary adalah tempatnya. Di sini, pelancong dari seluruh dunia datang melawat ke pusat perlindungan kucing ini semata-mata untuk bermain, bermanja dengan semua kucing.
Difahamkan, pusat perlindungan ini mempunyai hampir 500 ekor kucing. Pusat perlindungan ini meliputi 25,000 kaki persegi, dan kerana kucing tidak disediakan sangkar, kucing ini dilihat berkeliaran di sekitar. Paling best pelawat bebas untuk bermanja, bergambar atau melakukan apa sahaja yang dibenarkan dengan kucing-kucing tersebut.
Bukan itu sahaja, kucing di sini juga boleh diambil sebagai ‘anak angkat’, dan mana-mana kucing yang tidak mempunyai tuan atau tempat tinggal boleh menghabiskan sisa hidup mereka di sini secara percuma.
Nak tengok bagaimana gamatnya suasana Lanai Cat Santuary, ini gambarnya.