Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Cegah Penuaan Kulit Dengan Rangkaian Rejuvenate Dari FACE inc

by Afiqah Syamin
August 10, 2016
Foto -Arkib Wanista

Foto -Arkib Wanista

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin berumur, memiliki kulit halus tanpa cela adalah impian bagi semua golongan wanita. Jenama rangkaian kecantikan FACE inc dari Perancis ini mengetengahkan solusi mudah untuk memulihkan kondisi kulit yang terjejas dek kerana masalah berkaitan dermatologi atau penyakit kulit yang lazim.

Untuk wanita yang kian berusia, kehilangan keanjalan kulit semula jadi sedikit sebanyak mendorong diri individu untuk tampil kurang berkeyakinan. Justeru, FACE inc keluar dengan tiga lagi produk bermutu yang mengandungi khasiat bermanfaat untuk merangsang penghasilan kolagen sekaligus mengembalikan kulit yang muda remaja secara berkesan!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Rangkaian The Face Inc Rejuvenate Regime yang terdiri dari tiga produk utama termasuklah Cell Renewel, Collagen Boost dan Antioxidant akan bantu melembapkan kulit dari dalam menggunakan bahan kandungan yang aktif untuk memelihara kolagen kulit dari menjadi rapuh serta merangsang pertumbuhannya. 

Foto - Goop

Dua Rahsia Besar Anti-Penuaan Setiap Wanita Kena Tahu!

March 9, 2021
Foto - Arkib Wanista

Produk Nutox Bagus Untuk Wanita Berusia, 5 Terbaik Ini Pilihan Ramai

January 15, 2021

Cell Renewel 30ml (RM198.00)

The Face Inc Cell Renewal

Sejenis cecair esen yang tidak berwarna ini bertindak untuk merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit sekaligus mengurangkan kedutan halus serta memulihkan kembali tona tidak sekata pada tekstur kulit. Ia mengandungi ramuan ekstrak daun teh hijau iaitu sumber antioksidan paling hebat serta agen anti-penuaan.

Collagen Boost 30ml (RM288.00)

IKLAN

The Face Inc Collagen Boost

Cairan seperti susu yang tidak melekit ini mengandungi Argireline iaitu komponen yang bisa mengurangkan kedutan yang disebabkan dari tindak balas ekspresi muka serta memberi kenajalan optimum kepada kulit. Dalam masa yang sama, Collagen Boost akan memelihara kolagen dari menjadi rapuh serta merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru.

Antioxidant (RM268.00)

The Face Inc Anti Oxidant

Sejenis gel lut sinar yang mengandungi Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta keanjalan pada kulit wajah.

Bukan itu sahaja, gel antioksidan ini turut berkesan untuk membantu mengawal kulit dari terjebak dengan ciri-ciri penuaan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari thefaceinc.com/MY atau lawat laman Facebook FACE inc Malaysia di www.facebook.com/thefaceincmalaysia. Semua produk dan rangkaian penjagaan wajah FACE inc boleh dibeli dari cawangan gedung kecantikan dan kosmetik SASA di seluruh Malaysia.

Tags: anti penuaanCegah Penuaan Dengan The Face Inc Rejuvenate RegimeFace IncJenama Produk Kecantikan PeranciskecantikankosmetikRangkaian Penjagaan Wajah
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.