Dalam banyak-banyak perkara yang ada di dunia ini, ‘hadiah’ adalah perkara yang paling sukar untuk difikirkan. Menjelang musim perkahwinan, mulalah migrain datang menyerang untuk si para tetamu ni memikirkan hadiah yang cocok untuk diberikan kepada kenalan mahupun saudara-mara mereka yang bakal menjadi suami isteri itu.
Jom Wanista leraikan masalah dunia anda itu dengan senarai barangan menarik yang mungkin boleh anda jadikan sebagai idea bingkisan perkahwinan yang logik lagi berguna.
Walau apa pun, jangan lupa menetapkan bajet terlebih dahulu. Buat kira-kira sebelum pergi membeli-belah. Perancangan perbelanjaan sedikit-sebanyak akan mengelak diri ada daripada membeli barang yang bukan-bukan ketika dalam misi pencarian hadiah nanti. Apa yang penting adalah nilai keikhlasan hati anda dan bukannya nilai dan harga barangan yang diberikan itu. Ikut pada kemampuan masing-masing okay?
#1 Plush Toy!
Siapa yang tidak suka akan barang yang comel-comel. Buat anda yang dah tak tahu sangat nak cari apa, ha eloklah bagi plush toy. At least something. Unik juga. Penulis cadangakan anda pergi ke KAISON. Di sana macam-macam jenis permainan lembut yang dijual. harga pun boleh tahan murah. Tidak melebihi RM40, melainkan kalau anda beli yang bersaiz besar.
#2 Shake N’ Take Blender (2 Botol)
Berguna sangat untuk pasangan yang berumah tangga. Lebih-lebih lagi jika kenalan anda itu suka berdiet dan mengamalkan acar pemakanan sihat. Bagi je blender jus ni. Siap ada sepasang botol. Satu untuk si Hawa, satu lagi untuk si Adam. Kan elok tu? Bila tak habis minum boleh terus simpan dalam peti sejuk. Harga RM33.90 dari Lazada. [LINK]
#3 Bagasi
Tak kisahlah sama ada bagasi ni kecil atau besar, yang penting jika anda hadiahkan bagasi, benda ni memang orang akan sentiasa guna bila-bila masa jika mereka hendak melancong. Oh! Mana tahu ia berguna untuk percutian bulan madu kenalan anda tu. Mesti seronok siapa yang dapat! Tapi tang nak membalut bagasi tu macam mana, pandai-pandailah anda nanti 🙂 Travel Star SD Series 2 in 1 Luggage Set Purple ini RM170.10 dari Lazada [LINK]
#4 Set Bertukang (Toolbox)
Bila dah kahwin mestilah pasangan tu akan berpindah dari rumah bujang ke kediaman baru untuk membina keluarga betul tak? Set bertukang yang dilengkapi dengan spanar, pemutar skru, tukul, pisau tahan lasak, pita pengukur, playar dan lain-lain ni memanglah tersangat sempurna untuk dijadikan bingkisan perkahwinan buat pasangan merpati dua sejoli. Ha! Mesti anda semua tidak pernah terfikir kan? RM55.30 dari Lazada. [LINK]
#5 Set Jag & Gelas Moden
Biasalah buat pasangan yang baru berkahwin, mana ada kelengkapan rumah yang cukup. Jadi, ada baiknya jika kita bantu untuk melengkapkan keperluan perkakas dapur seperti jad dan gelas. Jag jernih (RM8.90/unit), Gelas Bercorak (RM 3.90/unit). Semuanya dari IKEA. [LINK]
#6 Set Pinggan Mangkuk Moden
Orang muda zaman sekarang lebih berkenan dengan gaya hiasan dalaman berciri moden. Dah tak macam orang dulu-dulu suka floral bagai. Zaman sekarang ni, lagi polos, lagi cantik! Mungkin anda boleh hadiahkan set pinggan mangkuk untuk 6 orang yang berwarna polos, hanya RM119.00 dari IKEA. Terdiri dari mangkuk sup, piring kuih serta pinggan makan. Pasti bertepatan dengan gaya hidup pasangan yang serba-serbi moden. Hadir dalam 4 rona pilihan termasuklah jingga, biru, hijau dan putih. Kalau penulis, penulis suka putih. Nampak profesional gitu. Anda? [LINK]
#7 Peranti Pemeriksa Kadar Gula Dalam Badan
Ingat lepas dah kahwin tak perlu nak jaga badan ke? Lepas dah kahwin ni lah kita kena jaga kesihatan, lebih-lebih lagi yang perempuan. Buktikan bahawa persepsi orang yang berkata “lepas dah kahwin nanti mesti kau gemuk” tu salah.
Yang paling penting, kena jaga pemakanan supaya kadar gula dalam badan juga terkawal. Jangan main bantai je nak makan apa semua sumbat. Kalau dah kencing manis ke, sakit jantung ke, darah tinggi ke kan dah susah. Jaga makan minum suami juga. Boleh pantau dengan alat pemeriksa elektronik ini okay? Beri ini sebagai hadiah supaya pasangan sentiasa beringat untuk jaga kesihatan 🙂 RM78.60 dari Lazada. [LINK]
#8 Lilin Beraroma
“It’s never old to give scented candle as a gift”.
Kajian mendapati bahawa bau-bauan bisa menenangkan minda serta melegakan emosi jiwa yang sedang serabut. Jadi apa kata anda berikan lilin beraroma sebagai pemberian istimewa kepada pasangan mempelai.
Penulis jelas, tak semua orang kita ni minat dengan lilin beraroma, lebih mudah sembur Febreez. Tapi bila sedang romantis dengan pasangan tu, tak salah untuk berwangi-wangian. Dalam Islam pun suruh kita menjadi pembersih dan sentiasa memakai wangi-wangian kan? Penulis cadang anda cari lilin beraroma dari jenama popular Yankee candle mahupun Bath & Body Woks!
Dapatkan “Pink Sands” dari Yankee Candle atau “Sparkling Pear Riesling” dari Bath & Body Works. Bau dia tuhan je yang tahu. Sumpah sedap penulis tak tipu. Mesti kenalan anda suka nanti!
#9 Tiket Ke Taman Tema
Kalau anda sedia maklum bahawa kenalan anda tu terlalu sibuk dengan jadual kerja yang padat sehingga mungkin dia perlu menangguhkan percutian bulan madunya bersama pasangan. Anda mungkin mengisi kekosongan mereka dengan membelikan sepasang tiket untuk pergi berseronok di taman tema seperti Legoland mahupun Sunway Lagoon! jadilah, daripada tak pergi mana-mana langsung kan. Oh! Taman Tema ‘Outdoor’ di Genting Highlands masih berada dalam proses pembinaan semula, kalau tidak ke sana pun seronok juga kan?
#10 Tuala Mandi Dengan Ucapan Bersulam
Jika anda hendak sesuatu yang lain daripada yang lain, boleh tempah tuala dengan ucapan istimewa dari jenama pembekal tuala Reliable, RM35.90 sehelai. [LINK]
#11 Biskut & Teh Ala “High Tea”
Teh dan biskut tidak dapat dipisahkan. Penulis sendiri pun suka benar cicah biskut dalam teh. Jadi apa kata, untuk lebih menyemarakkan percintaan dua insan yang baharu sahaja berkahwin, anda hadiahkan mereka dengan bakul makanan yang berisi aneka biskut enak yang dibeli dari Crabtree & Evelyn [LINK] atau Famous Amous [LINK] serta teh beraroma yang dibeli dari jenama mewah seperti TWG [LINK]atau Tea by Dilmah [LINK]. Kalau anda rasa tidak mampu, BOH juga ada menyediakan teh yang siap dibekaskan dalam tin cantik, rasanya juga pasti setanding jenama-jenama antarabangsa lain. Yum!
#12 Gift Vouchers!
Jika anda masih tidak tahu mahu mendapatkan apa untuk kenalan anda kerana takut nanti pilihan yang anda buat itu salah, anda boleh secara kasual memberi baucar hadiah sebagai hadiah yang santai. Anda tinggal perlu membeli baucar-baucar yang terpilih dari seleksi gedung atau jenama yang menawarkannya dan biar kenalan anda itu sendiri yang memilih apa yang mahu dibelinya menggunakan nilai baucar itu nanti. Ringkas je cara ni! Anda boleh beli baucar dari GiftVoucher.my [LINK]
#13 Sesuatu Yang Seksi
Sesuai untuk diberikan kepada pengantin perempuan! Untuk malam pertama mungkin… Shhh 😛 Cepat klik pada LINK untuk mula menempah! [LINK]
#14 Kelengkapan Untuk Si Pria Yang Baru Bergelar Suami
Anda boleh beri sentuhan tersendiri pada helaian beg jerut, sarung kaki, dan seluar dalam untuk diberikan kepada pengantin lelaki. Boleh ditempah di laman Etsy.com [LINK]
#15 Couple Pouch!
Anda boleh secara rawak pergi ke kedai mencari pouch atau beg kosmetik yang sebegini dan diisi dengan keperluan genit lengkap seperti syampu, sabun mandi, kosmetik, kit manicure, benang dan jarum mahupun kit pencukur untuk dimuat dalam beg tersebut. Pasti menarik! Senanglah pasangan tersebut membawa keperluan penting kala pergi berlibur kelak. Boleh ditempah dengan nama pengantin menerusi laman Etsy.com, RM48.00 sepasang. [LINK]
#16 Kotak Wayang Bersama Snek
Jangan pula anda letak di dalam bakul begini, berterabur pula nanti barang-barang yang anda beri itu nanti. Penulis cadangankan anda gunakan kotak. Cuba cari CD filem-filem menarik kegemaran rakan anda atau filem romantik terkini yang turut disertai snek-snek enak. Bolehlah kenalan anda itu menonton sambil menikmati snek pemberian anda bersama pasangannya. Cukup kreatif tak?
#17 Isteriku Bukan Tukang Masak?
Orang kata nak jaga suami kena jaga dari perutnya, selera, makan minum lelaki kena jaga. Jadi, tingkatkan motiovasi teman anda itu dengan menghadiahkannya papan pemotong yang diukir dengan nama si dia dan pasangannya. Kalau nak beri ini pada kawan anda yang memang gemar memasak pun boleh juga! Confirm dia suka ni! Meh tempah di laman Etsy.com! [LINK]