Cool kan gincu bibir ini? Menariknya gincu bibir ini hadir dalam bentuk pen jadi ianya sangat mudah diguna dan menjimatkan masa untuk berdanda.
Sambungan kepada teknologi klik Light Expert Click Brush dan Touch-Expert Advanced, Rouge-Expert Click Stick menjemput anda semua untuk pilih antara 25 warna velvety matte yang menggoda; click dan warnanya keluar; dan stick – bentuk seperti tear-drop memudahkan kamu mengoles dengan kemas warna-warnanya yang berpigmen tinggi.
Bukan itu sahaja, fungsi Rouge-Expert Click Stick membolehkan anda lakukan kerja 2 dalam 1, sebagai lip liner dan lipstick. Best? Tak perlu susah payah nak beli lip liner selepas ini.
Tak ada lagi insiden gincu patah, gincu terkeluar kerana kamu klik sebanyak mana kamu perlu sahaja. Tekstur seperti balsam dengan warna terang menjaga bibir agar tidak kering dan tak terasa berat.
https://www.instagram.com/p/BIbnZPiD5Ue/?taken-by=wanistadotcom
By Terry Rouge Expert Click Stick, RM139 akan berada di pasaran September nanti.