Katakan tidak pada bibir yang kering meskipun bergincu! Jenama kosmetik terkemuka yang kian mendapat perhatian wanita masa kini, Mary Kay tampil dengan gincu formulasi yang baharu khas untuk melindung bibir di samping memberi impak warna yang menonjol.
Mary Kay Gel Semi-Matte Lisptick ini mempunyai konsistensi warna yang bisa kekal lama pada bibir, diolah untuk memberi kesan liputan penuh pada bibir si pemakai menggunakan teknologi “Gel Microsphere”. Warna akan kekal lama pada bibir tanpa sebarang noda mahupun kekeringan biarpun berjam-jam lamanya.
https://www.youtube.com/watch?v=YRxtVGvxqdc
Selain itu, gincu istimewa ini memanfaatkan teknologi “Cushion Matrix” untuk mengekalkan warna lebih lama pada bibir sekaligus mengandungi ramuan terbaik yang bisa melembap kondisi permukaan bibir seperti minyak bunga matahari serta kompaun organik dari jojoba.
Terdapat dalam 8 pilihan warna menarik yang sesuai untuk semua lapisan wanita, Mary Kay gel Semi-Matter Lipstick sesuai untuk digayakan dengan penampilan moden mahupun klasik. Wrana yang ditawarkan adalah termasuk Bashful you, Rich Truffle, Mauve Moment, Powerful Pink, Always Apricot, Poppy Please, Crushed Berry dan Midnight Red.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.marykay.com.my