Anda sering berteman dengan iPad Pro walau ke mana sahaja yang anda pergi? Mungkin kerana saiznya yang nipis dan mudah untuk dibawa kemana-mana berbanding komputer riba. Justeru, pengeluar perkakas serta alatan berteknologi terkemuka, Logitech baru-baru ini memperkenalkan CREATE Backlite Keyboard Case yang dilengkapi penyambung pintar Smart Connector khas untuk iPad Pro™ 9.7 inci.
CREATE Backlite Keyboard Case adalah apa yang anda perlukan demi menggunakan iPad Pro secara keseluruhan. Ia bukan sekadar sarung iPad yang bisa melindung peranti anda , malah ia dilengkapi dengan papan kekunci berlampu yang boleh dilaras kejelasan cahayanya serta disempurnakan dengan tempat pemegang pensil Apple -semuanya dalam satu pakej aksesori yang ringan bersahaja.
Secara tidak langsung, CREATE Backlite Keyboard Case akan bantu anda memaksimakan kreativiti serta produktiviti harian anda selain ia tidak memerlukan sebarang tetapan penyesuaian mahupun pengecasan.
CREATE Backlite Keyboard Case direka eksklusif untuk bekerjasama dengan Apple’s Smart Connector baharu, menghidupkan papan kekunci secara automatik apabila diselaraskan bersama iPad Pro yang diletakkan dalam posisi menaip.
Jika pengguna mahu mengawal tetapan seperti memainkan video, mengawal suara audio mahupun melaraskan cahaya, anda tidak perlu lagi menyentuh skrin paparan iPad kerana papan kekunci CREATE Backlite Keyboard Case memiliki kekunci pintas tersendiri yang bisa ditekan secara terus bagi mengawal peranti berkenaan.
Bahagian luar sarung iPad istimewa ini dijana dengan fabrik tenunan rapi ynag kalis calar, kalis air serta tidak mudah lebam, manakala bahagian dalamnya pula dipersiapkan dengan reka bentuk yang selamat serta berperincian berkeluk untuk memberi impak intergriti yang mampu memelihara kondisi iPad Pro.
Create Backlite Keyboard Case untuk iPad Pro 9.7 inci akan mula berada di pasaran menjelang akhir Ogos ini yang boleh didapati melalui pengedar MCL Bhd dan Blue Logic Enterprise Sdn Bhd, ditawarkan pada harga RM599 seunit termasuk GST. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.logitech.com/en.my